Saturday 4 April 2009

Paris,Day 2- (DISNEYLAND,PART 1-WALT DISNEY STUDIOS)


Hari ni pagi2 lagi kami bangun sebab nak ambik RER ke Disneyland. Walaupun tiket Metro dah ada tapi utk ke Disneyland, kami kena ambil tiket lain kerana ia terletak di zon 5, kira terkeluar dari zon1 dan zon2( boleh pakai satu tiket Metro saja). Perjalanan ke Disneyland ambil masa 45 minit-hujung RER. Dari RER La Defense Metro memang penuh giler, kira bersesak2 sampai ke separuh perjalanan, terpaksa berdiri sambil dukung Nia. Sampai di Disneyland ,kami decided nak ke Walt Disney Studio dulu, dekat2 pukul 10 baru pintu buka, so apalagi enjoy la!


kat studio ni ada replika2 studios, ada cinema( sempat masuk dan tengok show- best! macam real),ada real shows...sebelum tu sempat naik kereta dalam cerita `cars`..tapi pening weh...lepas ni taknak naik dah yang seumpama dengannya..



menunggu giliran naik kereta


lepas pusing2 dan ambik gambar dgn kerektor2 yg ada , kami masuk stadium(ye kot,kecil aje utk 200 org) utk tengok aksi2 stunt oleh stuntsmen.memang best! ingat betul masa kereta dipandu reverse dengan laju, sampai boleh lompat..tapi rupanya kereta tu memang didesign macamtu, driver tu memang drive macam biasa, cuma body kereta tu di buat terbalik hahaha tipah tertipu rupanya, Nia dan abg muizz memang enjoy la sebab lagu2 selingan tu macam best, dan ada letupan2 dan api.




Abg Muizz pun suka sangat dapat bergambar dgn Donald, sampai 2-3 kali, siap cium lagi Donald tu, ( pas tu komplen kat mama kenapa mulut Donald tu keras heheheh)




Dah siap pusing2 kami ke Disneyland Park..kalau nak tengok semua benda kat studio memang sehari pun tak habis rasanya, so kami ambil yg wajib2 ajelah...yg penting ambil gambar dgn Mickey Mouse..adik Nia yg tidur pun ambil gambar juga.

No comments: