Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Thursday, 2 April 2009

Happy Birthday Nia


kejadian tiup2 lilin ni berlaku beberapa minggu yg lalu, tapi baru nak letak kat sini. tapi yang tiup pun budak 2 orang tu aje dan tetamu pun mama dan papa aje hahahah...

oleh kerana Muizz nak makan cheese cake kak pah , so mama pun bersusah payah membuatnya ( kredit utk k pah) dan utk menyedapkan rasa kek tu , mama letak lilin 2 batang sempena hari jadi Nia yg ke 2 pada 9th March. ( rasa sekejap aje masa berlalu..)

Thursday, 25 December 2008

Present for Muizz and Rania


masa Christmas Eve hari tu jiran kami Mr Cliff dan Pam ajak pegi rumah dia. Mula2 takut juga, mana la tahu ajak mkn2 ke, susah juga. Tapi utk tidak menghampakan pakcik tu ,kami gi jugak. Rupanya dia nk bg hadiah kt Muizz dan Rania. Rania dpt baby doll dan Muizz dpt kereta control..Suka betul bdk2 tu..Nia pun nak duduk dgn Pam sbb dpt present.
They all tak angkat apa2 utk mkn, mungkin diorng pun tahu. Rumah diorang bersih dan kemas je, ingatkan cam kotor (heheheeee buruk sangka betol)..anjing 2 ekor tu pun duk kt dapur aje dan ada pagar , so tak dapat ler masuk Reebok dan Annie ke living room..selamat..
Tanya juga Cliff how do they celebrate christmas. Kata cliff biasanya tghari hari Christmas tu ada mkn2 dgn family pas tu buka2 hadiah. malam tu biasalah clubbing dan minum2.They all takdelah pergi church sebab katanya dia tak percaya dgn agama diorang sendiri..hmmm..
patutlah pagi krismas tu pun senyap sunyi aje rumah dia..family pun tak ramai agaknya....

Monday, 24 November 2008

Sambutan Hari Jadi (org tua2! hehee)

K pah ajak celebrate birthday kat rmh dia sbb Bro Zahuri punya birthday kebetulannya selang sehari aje. Aisyah pun K pah ajak sama sebab birthday dia 19hb November. Hari ni juga Sheffield menerima seorang lagi warga baru yg akan bermastautin di Tinsley(lagi!..heheee bertuah org Tinsley, ramai org Melayu kat sana).So mkn2 ni 2 dlm satu lah ibarat kata K pah. Tetamu yg dtg tak ramai, family K Azu dan family Nita/Saiful. K pah buat kek special 2 tingkat hari dgn snow cheese cake yg tersohor serata Sheffield.( nnt kalau balik Tg Malim boleh buat bisnes kek dr rmh yer K Pah, tidak pun bukak kedai, takyah ler mkn kek cina lagi!)

Seronok pulak rasa bila ada acara tiup2 lilin dan suap menyuap kek heheheee terasa muda balik lor pulak..Muizz pun tgk pelik aje..apasal mama aku pulak yg tiup lilin.mesti dia ingat nk suruh dia yg tiup..

apa2 pun thank you sooooo much utk K pah n family dan hadiah yg best tu..bertambah ler koleksi shower foam dan shower bath yg ada!(marks and spencer tau...jgn jelessss).

Utk papa pula thank you very2 much utk hadiah yg special..perfume dan jln2 ke Dublin.Papa buat suprise book tiket dan letak memo kat laptop..huhuhuu mmg terharu, menitik air mata ms tu.I love you so much .thanks for the special entry in your blog...kalau sbb papa, bkn ke UK je sanggup dtg, lautan api pun sanggup ann renangi chewahhh
-(p/s dan juga ke negara2 lain-ada makna tu.. ;D)

Bau JLo Live tu mmg sedap sungguh, ada dkt2 bau Burberry Touch gitu!

Friday, 21 November 2008

My Birthday

Selamat menyambut hari jadi ke 30(ucapan utk diri sendiri hmmmm) dah tua rupanya sbb angka dpn dah kn tukar.9 tahun duk bw angka 2, hr ni dah kn tukar jd 3. Bila dihitung2 rupanya dah bnyk kenangan pahit-manis selama nak mencapai angka ni. Masa sekolah menengah (angka 1 di depan), rasa org 30-an ni tua, maknanya aku dah tua ler huhuuuuhuh.
terima kasih utk semua yg memberi ucapan,- dlm facebook,k pah yg buat n3 istimewa, cikgu didi (adikku tersayang yg baru jd cikgu kimia yg telepon dr Sarawak pukul 6.30 pg),Rodi kwn baik di Tg Malim, dan teristimewa papa yg dah siap2 celebrate semlm. Satu hari yg tetap berlalu macam biasa cuma aku aje terasa istimewa walaupun tiada sambutan apa2...semoga hari2 selepas menjejak usia 30-an ini akan menjadi lebih baik dr yg sebelumnya insyaAllah..

Wednesday, 8 October 2008

Posing Raya


Tiap-tiap tahun mesti ambil gambar setiap hari raya,...tapi tahun ni pun takde baju kurung juga..takpelah nnt balik Malaysia kami melaram habis-habisan. Masa balik hari tu pun tak terpikir pun nak jahit baju kurung, padahal ada pun kain yg Ma bagi. nasib baik Abg Muizz ada baju melayu yg neneknya hadiahkan. Rania pulak takde size. Takpelah..pakai aje baju yg ada yg penting baju baru, kira baju raya la tu..:)


ini gambar tahun lepas..tgk baik2..ada beza ke?yg pasti umur sudah bertambah.
Untuk semua kaum keluarga di Malaysia dan kenalan di mana saja berada kami ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin ( alamak dah lewat ke ucapan nih...hehehhe)

Abg dan Adik posing...


Sunday, 5 October 2008

Sambutan raya


kami buat juga jamuan ala2 open house tapi takde la panggil ramai sgt..takut pakcik Cliff sebelah rmh ni komplen pulak. Hari raya kedua ajak jiran2 kg Firth Park campur dgn 4-5 family lagi dan hari Ahad raya ke-6 tu utk kawan2 rapat yg lain.

hari raya kedua tu masak bihun sup ayam dgn nasi gulai kawah.tetamu last pukul 8 mlm , lepas tu join family wan Amir dan Fazrin beraya rmh Jan, Rozita dan Fadly. Ingat nak bertandang rumah k pah tapi papa pulak asyik tersumbat hidung dek kesejukkan dan budak2 pun dah tertido.,kami terus balik, sorry ye k pah, nnt kami seranghari lain yer :D
Hari raya ke enam tu pula buat nasi dagang dgn gulai kerutuk ayam dan gulai ikan.(kes rindu masakan mama time-time hari raya ni) terlebih rajin pulak hari tu jadi buat juga roti jala dgn kuzi ayam. Harap2 semua tetamu yg datang puas hati.

antara yg dapat dirakam masa jamuan raya hari tu..masa raya kedua tu tak sempat ambil
gambar dgn tetamu.

Wednesday, 1 October 2008

Selamat Hari Raya

tahun ni tahun kedua beraya kat Sheffield ni. dulu rasa juga sayu2 tapi tahun ni dah macam biasalah. mungkin sebab tahun lepas raya kat rumah, tak sempat nak gi PMC pun .PMC(pakistan muslim centre) ni adalah dewan yg kami masyarakat Melayu Sheffield selalu sewa utk jamuan2 khas macam raya dan iftar hari tu. Malam raya pun memang sibuk lah masak sikit nak bawa ke PMC esok. Kami yang di Firth Park ni ditugaskan utk masak rendang...seumur hidup belum pernah masak rendang..dulu tengok saja mama masak dan belajar teori. praktikalnya belum lagi...hahaah hantam sajalah....nasib baik jadi...tapi rasa cam manis sikit heheh

lepas papa balik kerja terus lah pegi PMC,budak2 pun dah siap awal lagi.Muizz suka sebab kata dia nak gi semayang kat masjid..meriah betul raya. macam2 makanan ada, rendang kambing, rendang ayam, lontong, kuah kacang, nasi himpit. kuih2 raya..memang makan sungguh2 la..

suasana raya warga melayu kat sheffield ne...

balik dari PMC kami ke rumah kawan upsi papa Afza di Crooke..sedap menu laksa penang versi UK dan lontong..yg bestnye rumah afza banyak biskut raya..mcm2 ade..adik nia punye le penat beraya sampai tido pn dh tak sedar ape dh..dkt2 nk balik baru le sedar hehehe...ptg tu trus balik rumah..nk buat mcm mane papa keje lagi ptg tu..huhu nasib di rantau orang....

Friday, 19 September 2008

Happy Anniversarry K pah n Bro Zahuri

Hari ni k pah ajak bbuka posa kat rumah dia bersempena dia dan bro zahuri menyambut annivessary ke 11.semoga kekal bahagia selama-lamanya. Nita dan Saiful pun ada. yg teristimewa mlm tu ialah kek coklat k pah...memang sedap. tak pernah lagi mkn kek coklat yg sedap macam tu..rasa nak lagi dan lagi dan lagi...lain kali nak tempah la..kalu nak try buat pun boleh jugak tapi tak tahulah bila nak berekperimentasinye..p/s tak tau la boleh ke sesedap tu heheeh .gambar pun tak ambik sbb syok sgt mkn..

Sunday, 31 August 2008

merdeka & puasa

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 51 & SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA UTUK SEMUA...