Saturday, 11 April 2009

Paris, France ( 26-30 Mac 2009), Day 3

Hari ke 3 kami ke Eiffel Tower-mercutanda Paris. Memang tak sah ler kalau ke Paris tp tak ke sini. Kami nak metro berhenti di Trocadero sbb nk dptkan view cantik dr Palais de Chaillot dan Pont D`iena.


Eiffel Tower ni start dibina pd 1886 dan siap pd 1889. Despite weighing 10,000 tonnes, the tower only exerts the same pressure on the ground as a man seated in a chair (4kg/cm2).Eiffel Tower ni ada 3 tingkat. Ada lif dan tangga kalau nk naik, tp boleh naik tangga sampai tingkat 2 sj, kalau nk ke tingkat 3 kn pakai lif.



Elok2 sampai bwh Eiffel Tower tu. hujan turun mencurah2..mmg lebat la juga...bila dah kurang sikit kami jln melintasi Champs de Mars, ingat nak ke Hotel des Invalides, tp hujan yg kejap2 lebat menyebabkan kami ambil metro dan cr KFC halal.


adik dan abg bergumbira bwh Eiffel Tower
Eiffel Towe dr Champs de Mars
Kami berhenti di stesyen Rambutaeu, betul2 dpn Pompidou centre, nk tersesat2 juga cr nm jln, alhamdulillah sampai juga di KFC tu.
Mungkin krn hujan yg lebat menyebabkan org begitu ramai dlm KFC tu.mula2 ingat nk balik mkn di hotel. tp fikir2 balik kalau dah balik hotel mesti dah tak keluar dah.kebetulannya orang pun beransur keluar bila hujan dah berhenti, so kami makan kat situ. Kami ambil satu bucket 15 ketul, sekejap je licin....tapi ketulnya kecil aje..tak macam di Malaysia.


Dari KFC, kami ke Forum Les Halles.kat situ ada shopping complex. Sebelum tu rehat lagi sambil budak2 naik kuda pusing menunggu hujan berhenti.
Dr situ kami ke Jardin Les Halles dan lepak2 depan St Eustache Church. Kat situ kami jumpa Julia, br 15 thn tp dah dihntar oleh ayahnya belajar high school kat Paris!
Lepas posing2 sikit kami ke Notre Dame, cathedral yg tersohor dgn cerita Hunchback of Notre Dame. Oleh krn hr dah mlm, kami just ambil gambar dpn sj dan tak dpt pusing keliling nya.

Sunday, 5 April 2009

Paris, Day 2 DISNEYLAND PART 2(DISNEYLAND PARK)

Dari studio kami ke Disneyland Park, alah sebelah aje. Oleh krn kami beli hip-hop tiket, kami boleh masuk 2-2 park. Ada tiket yg utk satu park saja, kena hati2 masa beli tiket tu. Ada kes macam satu family depan kami yg ada terbeli tiket utk studio saja dan ada family member yg beli utk 2-2 park, jadi yg beli utk studio sj, takleh masuk, sibuk duk bergaduh dgn penjaga gate tu, kami yg duk blakang dia pun jadi jem, kn beratur lain pulak..

bila masuk jer park ni, terasa di alam fantasi la pulak, macam2 ada. Dari bangunan ala2 hollywood( di USA main Street) sampai la castle di fantasyland.


Org pun memang ramai..tak tahulah kalau weekend macamana. Tempat tujua kami ialah di Fantasyland..ialah sesuai dgn budak2 umur Muizz dan Rania tu.


depan entrance ke Fantasyland,- Snow White Castle.




dari jauh dah nampak kuda pusing dan Dumbo..mula naik kuda pusing dulu..adik Nia nangis2 nak naik kuda pink. tapi kuda pink tu kena naik sorang, dh mama pun nak naik juga..heeeehe camne nih..:D, lepas tu naik flying Dumbo pulak..tapi yg beratur...adusss ramainya..tp sbb Adik Nia nk naik sangat terpaksalah beratur.

lepas pusing2 kami tengok parade..semua karektor Disney ada..org pun bukan main ramai..boleh la tgk bersesak2 pun..



Lepas parade, papa naik cawan pusing dgn Muizz dan Nia, pas tu kami ke rumah Snow White n seven Dwarf. kami naik train yg bila masuk dlm rumah , ada segmen2 dlm cerita snow white..mula2 macam takut la Nia sebab ada sound effect witch yg menakutkan, dah la gelap, pulak tu patung2 dia pun menngerunkan utk budak macam Nia..tp di hujung-hujung2 trail tu baru ler keluar si snow white.
kat sebelahnya ada train mcm tu jugak utk cerita Pinnochio..naik juga la..
dari situ kami ke Adventureland..kami masuk dlm Pirates of the carribean sebab tempat tu je nampak takde org.

auh juga berjln masuk kedalam, Muizz dah nak patah balik sbb dia ingat castle apa la ni jauh sangat berjln..rupa2nya jln tu membawa masuk kedalam sungai buatan dimana kami kena naik bot..

(gambar2 ni byk diambil dr kamera Rauhan-thanks!, takdan nak ambil, sibuk pegang Adik dan Abg takut terjun masuk dlm air pula heheee)
Best naik bot ni sebab dibawanya kami berlayar ( sebenarnya ada rail) dalam gua sambil tunjuk patung2 pirates( ala2 scenes dalam filem tu..) siap ambil gambar candid masa bot tu terjun ...hahah best2!

nampak tak muka Rania yg ketakutan hhahah..semua org tenganga kecuali Nia..kesian2 hehehhe

lepas pusing2 sekejap. tgk 2 apa yg patut kami keluar dari park pukul 7( tutup dahh)..lepas tu kami round kat Disney Village sebelum ambil RER balik ke La Defense...letihnye...........

Saturday, 4 April 2009

Paris,Day 2- (DISNEYLAND,PART 1-WALT DISNEY STUDIOS)


Hari ni pagi2 lagi kami bangun sebab nak ambik RER ke Disneyland. Walaupun tiket Metro dah ada tapi utk ke Disneyland, kami kena ambil tiket lain kerana ia terletak di zon 5, kira terkeluar dari zon1 dan zon2( boleh pakai satu tiket Metro saja). Perjalanan ke Disneyland ambil masa 45 minit-hujung RER. Dari RER La Defense Metro memang penuh giler, kira bersesak2 sampai ke separuh perjalanan, terpaksa berdiri sambil dukung Nia. Sampai di Disneyland ,kami decided nak ke Walt Disney Studio dulu, dekat2 pukul 10 baru pintu buka, so apalagi enjoy la!


kat studio ni ada replika2 studios, ada cinema( sempat masuk dan tengok show- best! macam real),ada real shows...sebelum tu sempat naik kereta dalam cerita `cars`..tapi pening weh...lepas ni taknak naik dah yang seumpama dengannya..



menunggu giliran naik kereta


lepas pusing2 dan ambik gambar dgn kerektor2 yg ada , kami masuk stadium(ye kot,kecil aje utk 200 org) utk tengok aksi2 stunt oleh stuntsmen.memang best! ingat betul masa kereta dipandu reverse dengan laju, sampai boleh lompat..tapi rupanya kereta tu memang didesign macamtu, driver tu memang drive macam biasa, cuma body kereta tu di buat terbalik hahaha tipah tertipu rupanya, Nia dan abg muizz memang enjoy la sebab lagu2 selingan tu macam best, dan ada letupan2 dan api.




Abg Muizz pun suka sangat dapat bergambar dgn Donald, sampai 2-3 kali, siap cium lagi Donald tu, ( pas tu komplen kat mama kenapa mulut Donald tu keras heheheh)




Dah siap pusing2 kami ke Disneyland Park..kalau nak tengok semua benda kat studio memang sehari pun tak habis rasanya, so kami ambil yg wajib2 ajelah...yg penting ambil gambar dgn Mickey Mouse..adik Nia yg tidur pun ambil gambar juga.

Friday, 3 April 2009

Paris, France ( 26-30 Mac 2009), Day 1

Akhirnya tercapai juga hasrat ke Paris, Perancis. Kalau dulu cuma baca dalam buku tentang kehebatan dan kecantikan bandar Paris, kini alhamdulillah kami telah menjejakkan kaki di bandar yang terkenal ini.
Kali ni kami pergi bersama2 keluarga K Pah/Zahuri dan Rauhan. Flight kali ni agak lewat(9:30 pg) tidak awal pagi macam biasa. Perjalanan pun tak lama, 50 min dah sampai di Beauvais Airport. Dari airport kami ambil bas ke bandar Paris. Kami menyewa apartment di La Defense, walaupun agak terkeluar dari city centre, tapi kami sangat puas hati dengan size bilik yg besar ,cantik dan cukup lengkap dengan dapur utk memasak .

budak2 dan mak budak yg penat, kat lobi menunggu kunci bilik.

Petang tu kami jalan2 sekitar La Defense saja.
La Defense ini merupakan kawasan bisnes terbesar di eropah dan dipenuhi dgn bangunan2 tinggi.

depan Grande Arch


arca thumb ni yang Nia takut setiap kali nak balik ke apartmen,mungkin sbb besar sangat kot...

Thursday, 2 April 2009

Happy Birthday Nia


kejadian tiup2 lilin ni berlaku beberapa minggu yg lalu, tapi baru nak letak kat sini. tapi yang tiup pun budak 2 orang tu aje dan tetamu pun mama dan papa aje hahahah...

oleh kerana Muizz nak makan cheese cake kak pah , so mama pun bersusah payah membuatnya ( kredit utk k pah) dan utk menyedapkan rasa kek tu , mama letak lilin 2 batang sempena hari jadi Nia yg ke 2 pada 9th March. ( rasa sekejap aje masa berlalu..)

Prague, Republic Of Czech (5-7 March 2009) Day 3


Apartment kami di jalan ini ( saja nak tunjuk papan tanda di Czech sebenarnya)

hari ni dah nak balik, pukul 7 dah siap2 naik metro. Sampai di hujung stesyen kena ambil satu lagi bas ke airport. Bye2 Prague!
Adik Nia yg mengantuk, tapi masih nak duduk sorang dalam metro..:D

Prague, Republic Of Czech (5-7 March 2009)-DAY 2

Hari kedua bermula agak awal kerana hari ni ialah satu2nya hari yang kami ada utk ronda seluruh Prague sebab esok dah nak balik. Destinasi pertama ialah ke Prague Castle yang terletak di seberang Sungai Vltava iaitu Hradcany.Kawasan ini dikatakan sebagai one of the most striking views of any European capital. Kami naik tram yang nampak begitu klasik.


Dah sampai kat salah satu stop tu kena mendaki lagi, agak jauh juga berjalan, dan sempat singgah kat kedai ( lagi!) beli souvenir.



Nak masuk ke Prague Castle kena lalu ikut pagar yg ada pak guard, pak guard tu ala2 pak guard di Buckingham Palace. Tak bergerak2. setiap satu jam guard tu akan bertukar, takdelah orang tu letih sangat. View dari Prague Castle sangat cantik sebab boleh nampak keseluruhan bandar Prague.

Dalam kawasan Prague Castle ini terdapat sebuah cathedral- St Vitus Cathedral yg menempatkan sebuah stained-glass window hasil kerja Alfonso Mucha, tapi kami tak masuk pun.


Dalam kawasan ni juga terdapat toy museum dan sebuah lorong yg dipanggil Golden Lane. Golden lane in dahulunya tempat tinggal penulis Czech- Franz Kafka dan dikatakan menjadi inspirasi utknya menulis sajak2.


selepas pusing dalam kawasan Prague Castle kami naik Metro utk ke New Town , sebab nak cari nasi. kat sini ada beberapa kedai halal.

Metro di Prague sebenarnya agak istimewa berbanding Metro2 yang pernah kami naik sebelum ni. Oleh kerana keadaan tanahnya menyebabkan metro ni terpaksa dibina dalam, dan terdapat escalator yg tinggi2. dikatakan escalator metro yg tertinggi di Europe adalah di Prague ( di Namesti Miru dgn ketinggian hampir 100m! )escalator yg lain pun lebih kurang tu juga..gayat..!!


National musem yg ada di new town, dekat dengan Wenceslas Square.


Kami singgah disebuah kedai halal yg terkenal di Prague, betul2 depan masjid ( yg tak kelihatan seperti masjid pun!) Makanannya sedap dan yang penting MURAH..kat situ kami jumpa sepasang Indonesian bersama anak2 yang isterinya belajar phd di Prague. Menurut beliau, ramai pelajar2 medic Malaysia di bandar Prague ni. Tak tahu ler pulak sebelum ni.


Selepas pusing2 Wenceslas Square kami masuk ke muzium Mucha utk tengok hasil kerja seni art noveuo beliau.


Dari muzium Mucha kami ke Old town square.





Kat sini terdapat Astronomical clock yg terkenal. Di tgh square tu juga ada gerai2 menjual makanan ringan dan ada street performers yg menari tarian tradisi Czech.







kami sempat juga try makan donut( ataupun roti kot) yg dibakar ( tidak digoreng) cara buat macam biasa , cuma di balut pada besi dan di bakar. Rasanya tak terlalu manis walaupun dibalut dengan gula masa dibakar.


Malam tu kami keluar kejap ke national theatre dan ke dancing building.