Friday 16 January 2009

North Wales Day 2


Hari kedua kami bergambar depan pantai Llandudno.Pantainya bersih dan landai, dipenuhi dgn
batu2 yg memenuhi pesisir pantai. Ada pier tapi kami tak ke sana sebab cuaca agak sejuk.






selepas bergambar dan beli souvenir sikit2 kami bertolak ke Caernarfon Castle, lebih kurang 40 minit perjalanan. Castlenya cantik dengan kota di dalamnya dan terletak bersebelahan dengan kuala sungai.




selepas pusing2 luar castle, kami bertolak ke Bangor, saja nak tengok bandar nya, sempat uga pusing2 kawasan universiti Bangor dan singgah bergambar di depan jambatan Menai/Menai Suspension Bridge.


Selepas berhenti rehat di services( macam R&R di Malaysia),
kami ke Conwy Castle, sayangnya tak dapat masuk sebab dah tutup. Kami pusing2 sekitar bandarnya yg juga dalam kawasan castle tu sebelum terus pulang ke Sheffield.

Thursday 1 January 2009

North Wales

selepas krismas (27-28.12.08) hari tu kami berkesempatan melawat Llandudno(Conwy),North Wales. Perjalanan tak jauh ,lebih kurang 3 jam dari rumah. kali ni family Zana/Sobri dan Afza/Faiz ikut sama.

(Muizz boring duk dlm kereta..)
Bila saja masuk ke sempadan Wales rasa seperti masuk negara lain pulak sebab papan tandanya semua ada 2 bahasa iaitu bahasa Welsh dan English. Ejaannya pelik2 dan kedengaran kelakar pulak kdg2 tu.

Destinasi pertama ialah
The Great Orme .Hajat dihati nak naik tram (the only cable operated street tramway in Britain)tapi dukacita sungguh bila tram tu rupanya tutup sampai bulan 3 nnt.so ambil gambar2 dpn Victoria Station dia ( kecik aje) dan kami drive naik ke summit.


Sampai di summit tu apalagi sessi posing la..angin kuat betul di kemuncak Great Orme ni..memang sejukkkkkk...grrrrrr,pemandangan pula sangat cantik sbb boleh nampak hampir keseluruhan pantai Llandudno.




Lepas tu kami terus check-in di hotel yg betul2 depan pantai.Malam tu kami keluar jln2 sambil shopping kat NEXT (sempat lagi tu...heheheh)..ingat nak cari coffee house ke ala2 Starbuck tapi takdelah pulak...disebabkan cuaca yg semakin sejuk kami masuk dlm hotel semula



Abg Muizz dan Nia suka la sebab dpt tidur kat hotel..