Thursday 27 November 2008

Shopping2 di Outlet Junction 32



Sebelum ni kami pernah terdengar org2 bercakap pasal
Outlet di Junction 32, tapi tak pernah berkesempatan `menghabiskan duit`( hehehh) kat situ.Tiba2 hari Ahad lepas papa ajak gi sana, apalagi on ajelah.Perjalanan tak jauh, 40 minit aje. Manusia pulak aduh ramainya..hampir setiap store yang ada penuh dgn mat2 dan minah salleh yang shopping. Kedai pulak memang banyak dan harga pun boleh tahan,(maknanya berpadanan dgn poket kita yg bukannya tebal sgt nih!),samaada pandai atau tak aje memilih.Hajat hati nak cari jaket tebal sikit utk Abg Muizz sbb dah nak winter nih ( cuaca sekarang pun udah macam winter ni waduh2...rindu panas kat Malaysia), tapi Muizz plk tak berkenan, asyik no-no aje. alih2 papa yang dapat jaket baru.


Silap kami dtg hari Ahad sebab rupanya diorang tutup awal, pukul 5 dah tutup kedai, sampai toilet pun dah kunci rapat, mujur keluar cepat2, silap2 dgn kami2 terkunci dalam tu hehehhe. Hari biasa kedai tutup pukul 8 mlm, kalau gitu nnt ajak papa gi lagi hari biasa..boleh shopping lagi...yahoooo

Muizz yg syok jd driver bas pusing2 London

Hari ni jumpa 2 kereta waja kat sini, bkn senang weh nk jumpa Waja kat UK, setakat ni ada ler 4-5 buah aje yg terjumpa.


Monday 24 November 2008

Sambutan Hari Jadi (org tua2! hehee)

K pah ajak celebrate birthday kat rmh dia sbb Bro Zahuri punya birthday kebetulannya selang sehari aje. Aisyah pun K pah ajak sama sebab birthday dia 19hb November. Hari ni juga Sheffield menerima seorang lagi warga baru yg akan bermastautin di Tinsley(lagi!..heheee bertuah org Tinsley, ramai org Melayu kat sana).So mkn2 ni 2 dlm satu lah ibarat kata K pah. Tetamu yg dtg tak ramai, family K Azu dan family Nita/Saiful. K pah buat kek special 2 tingkat hari dgn snow cheese cake yg tersohor serata Sheffield.( nnt kalau balik Tg Malim boleh buat bisnes kek dr rmh yer K Pah, tidak pun bukak kedai, takyah ler mkn kek cina lagi!)

Seronok pulak rasa bila ada acara tiup2 lilin dan suap menyuap kek heheheee terasa muda balik lor pulak..Muizz pun tgk pelik aje..apasal mama aku pulak yg tiup lilin.mesti dia ingat nk suruh dia yg tiup..

apa2 pun thank you sooooo much utk K pah n family dan hadiah yg best tu..bertambah ler koleksi shower foam dan shower bath yg ada!(marks and spencer tau...jgn jelessss).

Utk papa pula thank you very2 much utk hadiah yg special..perfume dan jln2 ke Dublin.Papa buat suprise book tiket dan letak memo kat laptop..huhuhuu mmg terharu, menitik air mata ms tu.I love you so much .thanks for the special entry in your blog...kalau sbb papa, bkn ke UK je sanggup dtg, lautan api pun sanggup ann renangi chewahhh
-(p/s dan juga ke negara2 lain-ada makna tu.. ;D)

Bau JLo Live tu mmg sedap sungguh, ada dkt2 bau Burberry Touch gitu!

Friday 21 November 2008

My Birthday

Selamat menyambut hari jadi ke 30(ucapan utk diri sendiri hmmmm) dah tua rupanya sbb angka dpn dah kn tukar.9 tahun duk bw angka 2, hr ni dah kn tukar jd 3. Bila dihitung2 rupanya dah bnyk kenangan pahit-manis selama nak mencapai angka ni. Masa sekolah menengah (angka 1 di depan), rasa org 30-an ni tua, maknanya aku dah tua ler huhuuuuhuh.
terima kasih utk semua yg memberi ucapan,- dlm facebook,k pah yg buat n3 istimewa, cikgu didi (adikku tersayang yg baru jd cikgu kimia yg telepon dr Sarawak pukul 6.30 pg),Rodi kwn baik di Tg Malim, dan teristimewa papa yg dah siap2 celebrate semlm. Satu hari yg tetap berlalu macam biasa cuma aku aje terasa istimewa walaupun tiada sambutan apa2...semoga hari2 selepas menjejak usia 30-an ini akan menjadi lebih baik dr yg sebelumnya insyaAllah..

Friday 14 November 2008

Day 3-Rome


Malam sebelum balik, papa ronda2 dgn Bro Zahuri tgk apa yg best kat Rome.( clubbing ke?hehhehe).Menurut kata papa, takde yg menarik sebenarnya night life kat Rome (memang takleh lawan Malaysia daa..) .Lagipun org2 tak berumah( homeless) yg memenuhi kota menyebabkan malam di Rome macam bahaya pula ( sama bahaya dgn driver Rome yg bawa kereta macam jalan tu bapak dia yg punya!)
Pgi esok kami bertolak pukul 8pg ke Ciampino Airport dgn bas Terravission yg tunggu betul2 dpn hotel kami, alhamdulillah, jimat....Memang mulanya cadang nk naik teksi memandangkan tak tahu bas tu nak tungu kat mn.Sampai airport memang ngam2 utk check-in dan terus masuk departure hall. Org memang ramai yg amat, almaklumlah airport utk low-cost flight.
Alhamdulillah perjlnn balik dan kereta yg ditinggalkan di airport selamat.
Selamat tinggal Rome....InsyaAllah kalau ada rezeki kami jln tempat lain pula.

depan kaunter tiket parking

cilok dr blog papa hehee..

Thursday 13 November 2008

Day 2- Rome

hari ni akan jadi hari yg sibuk sebab kalau boleh nak habiskan satu Rome dan Vatican City ( boleh ke? hahahah).Breakfast pagi ni pizza yg papa beli semalam kat kedai arab bawah hotel ni je. Kat sini banyak juga kedai halal, tak susah sangat la kalau lapar mlm2 hari.( tapi kalau nak cari nasi kerabu ke takdok ler hhehe)

(pizza ni cam simple tapi memang sedap..)
kami ambil tiket day rider Metro hari ni, harganya 4 euro , boleh naik Metro tu sampai pengsan hehehe. masa dalam laluan bawah tanah tu, biasalah ambil gambar, almaklumlah pelancong kan, tapi sebenarnya mmg `haram` rupanya ambik gambar kat situ..dah kn marah kat polizia Rome ni heheheh.

(gambar dlm laluan metro- nampak tak dlm gambar bwh kanan tu polis tgh dtg nak marah huhuhuuu)

kami terus ke destinasi pertama iaitu di Vatican City. Hajat dihati nak masuk ke Vatican museum dlm
St Peter`s Basilica sbb nak juga tgk lukisan Michaelangelo yg tersohor tu, tapi barisan org yg beratur dkt 1km membantutkan hajat kami. Aktiviti seterusnya macam biasalah posing2 dan mkn2.

tengahari tu tiba2 je cuaca dah mendung dan hujan turun mencurah2, memang lebat macam tengkujuh tempat kita.masa ni la ramai mat2 bangla jual payung dan baju hujan muncul.yg kelakar tu bila polis dtg ,berkeliaran diorng lari, mungkin sbb jual payung haram ler tu.

Mula2 tu tunggu juga hujan berhenti tapi nampak gaya cam sama jer, jadi kami pun bergerak jugalah, nasib baik naik metro so selamatlah sekejap masa dlm Metro tu. Hajat di hati nak ke Piazza del Popolo, tapi hujan mmg lebat betul, dapat ambil gambar kat jln masuk tempat tu aje...jadik la kot hahhaaah



tempat singgah seterusnya Spanish steps dekat Piazza Spagna. Alhamdulillah masa ni hujan dah berhenti, dpt la posing.Lepas kami ambik gambar terus tempat tu penuh dgn org.



Lepas tu kami ke Trevi fountain ,terpegun betul tgk ukiran di fountain ni, mmg cantik..

destinasi terakhir hari tu selepas shopping2 ialah
Pantheon, tapi hari dah gelap walaupun baru pukul 5 lebih,hujan pun dah mula nak lebat.
Masa nk balik semua dah letih, hujan pun makin lebat..tapi puas hati la sbb tempat2 utama dah cover......sampai je kat hotel terus perkena maggi 4 bungkus (muizz dan nia pun bantai makan maggi )hehehehh lapar sgt.Tapi lepas tu makan nasi lagi.( perut melayu nak makan nasi jugakkk).

Wednesday 12 November 2008

Colosseum / Arco di Constantino


(stesyen Metro depan Colosseum)
Perjalanan dari Monumento a Vittorio Emanuele II ke Colosseum bknnya jauh, tapi disebabkan hujan yg lebat terpaksa kami tumpang berteduh di tempat penerangan pelancong(kot heheh), macam gitu lah
agaknya. ada toilet dan tempat lepak2.
(kaum bapa dan anak2 berehat.)
sampai kat Colosseum, hujan dah renyai,alhamdulillah...boleh la ambil gambar,..tapi Muizz dan Nia pulak dah tido.Letih sangat agaknya.


bersebelahan dgn colosseum ni ada satu lagi binaan- Arco di Constatino( Arch of Constantine), kedudukannya antara colosseum dan Palatine Hill. Teringat pula kat cerita Gladiator masa ambik gambar depan Colosseum ni..
Disebabkan hujan yg makin lebat kami balik naik metro-underground train , stesyen pula betul2 depan colosseum tu. Malam tu semua tido cam pengsan..,letihhhh......

Piazza della Repubblica/ Palazzo della Esposizioni/Monumento a Vittorio Emanuele


Dah siap2 mkn alas perut, sembahyang dan lepaskan letih, kami keluar cari tempat2 yg menarik nak ambik gambar.Piazza della Repubblica ni dekat je dgn termini, so jln kaki. Ada fountain yg cantik dtgh2 bulatan tu. Tapi nak lintas ke sana masyaAllah..takutttt.

kemudian kami lalu je la depan pallazo della Esposizioni..
Jalan lagi terjumpa la bangunan ni-Monumento a Vittorio Emanuele II. Depannya ada Colonna Traiana dan Trajan`s Market( Mercati Tranei)- tinggalan zaman pemerintahan Trajan.

Depan Colonna Traiana ni kami lepak2 sambil habiskan bekalan yg ada. Beli juga sikit dari pakcik Italy yg jual dgn lori kecil ni.




masa jalan nak ke Colosseum, tiba2 hujan turun lebat, nasib baik dah bawa baju hujan.hujan kat Rome ni lebatnya macam kat Malaysia, bukan macam kat UK yang selalunya renyai2 aje.

Rome day 1

Alhamdulillah tercapai hasrat nak ke bandar yang penuh dgn sejarah tamadun awal dunia-Rome, Itali.Kalau dulu masa belajar sejarah dunia tingkatan 4, teruja dgn cerita-cerita pembinaan tamadun yang hebat.Tapi sekarang rasa macam mimpi bila dapat jejak kaki ke bandar Rome yang sebenar. Kali ni family K pah/Bro Zahuri pun ikut sama.

Kami bertolak ke East Midland Airport dkt pukul 3 pg. Dapat la juga muizz dan nia tidur dulu takut jugak mengantuk kat airport nnt.sampi pukul dlm 4 lebih, terus check-in sbb flight kami pukul 6.30a.m. perjalanan ke Ciampino Airport mengambil masa lebih kurang 2jam 15min. Dari airport kami ambil bas Teravission terus ke stesyen bas utama-Termini. papa pun dah book hotel Viennese yg mmg depan termini tu aje, jadi tak payahla jln jauh2.


hotel Viennese ni boleh tahan juga.,bersih,agak luas juga,ada katil Queen size dan double decker, ada aircond, flat screen tv( semua bhs Itali daaaa..),hair dryer,dan kipas hahaaaa..tapi cerek takde..mmg standard hotel kt Rome agaknya, nasib baik kami bw cerek sendiri.(sng nk makan maggi weh).yg penting dkt dgn Termini, sng nk ambil bas atau Metro(underground train).

Saturday 8 November 2008

Tetamu dari Surrey


kawan papa dari Surrey dtg tidur kat rumah 2 mlm. Nazim,isterinya Amal bersama 2 anak dan kawan serumah, Iman. Mereka ke Nottingham dulu sebelum singgah bermalam di rumah kami ni.Esoknya ke Bradford tgk pinggan mangkuk dan terus ke York.
Abg Muizz suka sebab ada kawan baru. Nia pula terlebih suka sebab ada baby.Baby pun baru je habis pantang tapi bdnnya semangat..berat lebih kurang Nia je..

Masa nak balik ke Surrey, Muizz macam nak marah aje, taknak bye-bye,,almaklumlah baru je nak mesra2 dah nak balik..nantilah kita ke Surrey pulak ye..InsyaAllh..

Tuesday 4 November 2008

Adik demam



Selepas balik dari rumah k pah mkn nasi lemak hari Sabtu hari tu, bdn adik Nia dah rasa suam2..mlm tu takleh tido..esok pun asik nak melekat saja..dah demam rupanya..hari Isnin, telefon Surgery minta temujanji ..kat sini kalau telefon sebelum pukul 9 pg, dapat jumpa doktor hari yg sama.Appointment pukul 10.30 pg..tunggu punya tunggu lepas 20 minit baru dipanggil...aii ini dah lewat dah ni..(heheee kalau kat Malaysia ini dah kira cepat nih..)Yg tengok Nia hari tu rupanya doktor yg lain , bukan yg biasa..yg ni cek satu bdn .dia kt Nia dpt Acute Tonsillitis dan dia bg la antibiotik.(antibiotik saja tu...lepas minta ubat demam baru dia tambah..kedekut huhuuu)..balik dari surgery terus singgah farmasi ambil ubat.
kat Lyodd`s Pharmacy ni rupanya ada offer forehead thermometer,. terus beli satu..senang dan mesra pengguna , satu rumah boleh guna dr bapak budak, mak budak dan budak2 juga....lagi satu mlm2 tanpa lampu pun boleh guna sebab dia ada suara perempuan bgtau suhu kita haaaa jgn tak tau ..cecewah macam dealer la pulak...(hehee penulis tidak mendapat komisyen apa2 dr Lyodds Pharmacy semasa menulis artikel ini..)