Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, 25 June 2009

Thomas Land


Thomas Land is actually a park inside another theme park- Drayton Manor park. It is located in Tamworth, Staffordshire, about 1 1/2 hour journey from our house. UK `S Thomas Land`s is actually the 2nd of its kind as the first Thomas Land is actually in Japan !


The park`s setting is not much different from any other theme parks, but what make it special is because of the characters themselves . It is actually a miniature version of an adult theme park.


We started our visit with a ride on a signature Thomas train with it coaches Annnie and Clarabel. There are about 12 themes rides featuring most of the characters in the series, from Harold the helicopter`s carousel, Crazy Bertie bus ride ( as crazy as it really made me dizzy though!) and also Cranky drop tower. Muizz was so mesmerized with the rollercoaster that he wanted to do it again and and again!

Wednesday, 17 June 2009

Strawberry picking



acara wajib musim panas bermula iaitu mengutip buah2 strawberry di ladang. Ladang strawberry Norton ni sebenarnya sangat dekat dengan rumah kami, agak2 10 minit je perjalanan. Dapatlah merasa pengalaman mengutip strawberry segar.







Sunday, 31 May 2009

The Deep Aquarium, Hull







akuarium ni tidaklah besar mana, tapi cukuplah untuk puaskan hati budak2..beli tiket dapat free entrance for 5x..menarik jugak..

teringat akuarium di Langkawi yang lebih hebat dan menarik, tapi sayangnya kurang publisiti.

Monday, 6 April 2009

Castleton



makan2 sambil piknik di Castleton bersama2 family k pah dan sepupu2 bro Zahuri dari Malaysia. Fadly Aishah ikut sekali..walaupun cuaca cerah tapi angin agak sejuk...







Sunday, 8 February 2009

Snow


tahun ni merupakan tahun UK mengalami musim buruk yg paling teruk semenjak 18 tahun.Salji turun tak berhenti2 selama 2 hari dan berterusan selama hampir 2 minggu. walaupun teruk ,kedatangan salji umpama pesta di bumi Britain ni. Org2 putih pun macam tak pernah jumpa salji inikan pulak orang kita yg memang tak kenal salji dari kecil. Tapi tahun ni Adik Nia dapat main belakang rumah saja sebab bila salji start turun dia pun start demam...kesian...mamanya pun tak dapat main salji juga huhu....


Friday, 12 December 2008

Majlis Pertunangan Ilah-Anas



Pada hari raya kedua-telah selamat berlangsung pertunangan Cik E /Ilah (adikku) dgn Anas.majlis dibuat sederhana dan family terdekat aje pun yg dijemput.Teringat pula zaman muda2 masa bertunang dulu..hehehhe ala malu2 kucing gitu...
Selamat bertunang utk Ilah dan Anas, nnt masa kawin ambik gambar byk2 weh..sedihnye tokleh balik waaaaaa :(

Tuesday, 4 November 2008

Adik demam



Selepas balik dari rumah k pah mkn nasi lemak hari Sabtu hari tu, bdn adik Nia dah rasa suam2..mlm tu takleh tido..esok pun asik nak melekat saja..dah demam rupanya..hari Isnin, telefon Surgery minta temujanji ..kat sini kalau telefon sebelum pukul 9 pg, dapat jumpa doktor hari yg sama.Appointment pukul 10.30 pg..tunggu punya tunggu lepas 20 minit baru dipanggil...aii ini dah lewat dah ni..(heheee kalau kat Malaysia ini dah kira cepat nih..)Yg tengok Nia hari tu rupanya doktor yg lain , bukan yg biasa..yg ni cek satu bdn .dia kt Nia dpt Acute Tonsillitis dan dia bg la antibiotik.(antibiotik saja tu...lepas minta ubat demam baru dia tambah..kedekut huhuuu)..balik dari surgery terus singgah farmasi ambil ubat.
kat Lyodd`s Pharmacy ni rupanya ada offer forehead thermometer,. terus beli satu..senang dan mesra pengguna , satu rumah boleh guna dr bapak budak, mak budak dan budak2 juga....lagi satu mlm2 tanpa lampu pun boleh guna sebab dia ada suara perempuan bgtau suhu kita haaaa jgn tak tau ..cecewah macam dealer la pulak...(hehee penulis tidak mendapat komisyen apa2 dr Lyodds Pharmacy semasa menulis artikel ini..)



Friday, 31 October 2008

Rambutan oh rambutan

Abg Muizz sangat suka buah rambutan.Masa balik Malaysia tempoh hari kalau sekilo pun sekejap je habis..yang letihnya org yang kena hiris utk dia...hmmm

2-3 minggu lepas mmpi apa ntahle tiba2 teringat kat buah rambutan ni..kelakar pula bila dia suruh pegi beli tiket kapalterbang nak balik rmh ma tok sbb ada bnyak buah rambutan. lepas Cik Jan (adik papa) dah pos baru la jumpa rambutan tin kat kedai Tai Sun, apalagi makan sungguh la Muizz, sampai 2 tin hehehe

Tuesday, 28 October 2008

Autumn di Graves park


Tahun ni tahun ke-2 kami merasai musim luruh di bumi Sheffield. Tahun ni papa ajak ke Graves Park, tak berapa jauh dari rumah. Cuaca pula memang sejuk hari ni macam dah masuk winter pula.Nasib baik abg Muizz bawa sarung tangan dan topi..tapi dia pun asyik komplen sejuk aje.

adik nia dah macam angkasawan heehee....

kat Graves Park ni ada Farm kecil utk tarikan budak2. Memang suka habislah budak 2 org ni..banyak juga la binatang2 asas utk sebuah farm ada kat sini macam ayam, itik, keldai, kambing, b*bi,burung2 dan yg best Highland Calves pun ada( ini ada kat Sotland aje ni....)


inilah Highland Calf




Thursday, 9 October 2008

adik jumpa health visitor

Adik nia ada appointment dgn health visitor hari ni. Health visitor ni mcm jururawat kesihatan kat tempat kita la, tp tak pakai uniform dan nampak santai je..kerja pun cam rilek jer.setiap hari Khamis kat Surestart dkt rmh ni ada sessi Baby clinic dimana ibubapa boleh bawa anak2 timbang or kalau ada kemusykilan apa2 la. Tapi kalau nak dapatkan imunisasi masih kn bawa pegi GP sebab ada nurse khas yg incharge.Macam best la sistem ni sbb setiap kawasan ada Surestart dan disitu ada nursery, ada Baby Clinic ada Early bird-utk bdk2 bwh 3 thn sekali seminggu main kat nursery. Tapi kat Malaysia kita ada Klinik Desa, mungkin beban kerja yg banyak nampak macam kita tak efisyen. Ye lah kalau satu pagi dah berpuluh2 org sapa yg tak berpinar biji mata.
Adik nia kn timbang sebulan sekali sbb berat dia bwh 3rd centile-hari ni dah naik 8 kilo dah ..ok ler tu..cakap dkt makcik health visitor u patutnya dtg last week tp kami celebrating eid, dia pun kata kalu krismas pun dia tak kan dtg jugak..heheheh betoi jugak tuuu.....
lepas tu dia suruh bawa nia lambat2 sikit lepas ni ,6-8 minggu ke...haaa ok sgt ler tu...

selepas urusan kat surestart bawa adik ke park, alah sebelah bangunan tu aje.seronok la dapat lari ngan abg muizz. cuaca pulak elok hari ni.


abg Muizz dah boring menunggu agaknya...


muizz masa tunggu adik nia..lepak dgn papa kat park dulu.




utk tatapan keluarga kat Malaysia..adik nia dah boleh lari dah heheheh

Sunday, 21 September 2008

Berbuka puasa



hari ni jemput Faris kawan baik papa dan kawan-kawan yg lain dtg buka posa kat rumah sempena meraikan Faris yg dah habis phd tunggu viva jer..(papa dah repot dlm blog dia dah heheheh..) tahniah utk encik Faris..semoga viva pun takde masalah nanti. Nanti kita jumpa di TgMalim!

kariah Tg Malim hehheheK pah, Bro Zahuri, En Faris, Baby, Yong dan Nana..,Muizz je dah tido....
bersama tetamu yg lain, Nita, Saiful,Iman, Tengku, Lokman,Sam dan Firdaus

Monday, 8 September 2008

bolsover

wknd lepas sblm start puasa hajat di hati nak picnic2 kat Bolsover Castle yg jaraknye lebih kurang 15miles dari rumah kami..tapi sayang sampai2 castle dh nak tutup..bkn ape sbb sebelum tu singgah carboot window shopping...jadi kami semua lepak2 sekitar pekan Bolsover..takde ler besar sangat tapi takpe ler ambik gambar buat kenang2an..insyallah lain kali kami datang sini lagi..

Tuesday, 26 August 2008

picnic warga Firth Park kat puncak Castleton



weekend lepas 240808 warga Melayu kat area Firth Park telah konvoi beramai2 ke puncak Castleton untuk program makan2 merangkap bbq sempena hujung2 summer dan dh nk dekat puasa ne..planning awal nk buat bbq kat Ladybower Reservoir dkt Derbyshire tapi memandangkan sampai2 jer tempat tu parking penuh jadinye kami sume sepakat ke puncak Castleton..cantiknye view kat sini...kami pernah ke sini dulu tapi tak pernah sampai ke puncaknye...berbaloi dtg sini..cuaca plak cantik hari ne...so ape lagi jommmm makaaannnnnnn...


Friday, 25 July 2008

Children Hospital

adik nia ada appointment ambik darah hari ne kt Children Hospital yg letaknya dalam area universiti..kejap jer tak sampai pun 15minit servis dia..punye la effisyen..adik nia biase la tunjuk skill high pitch dia...tapi kejap jer..papa dh pujuk nak bawa pegi muzium pasne...

depan entrance.

dalam lab..

abg muizz nak bergambar ngan van Postman Pat heheh..

belakang tu department papa..Arts Tower

rupenye ada konvo kat University of Sheffield hari ne..so ambik je la gambar sambil2 nak lalu pegi Children Hospital...

summer di sheffield city centre

Lepas adik nia ambik darah kat Children hospital kami semua naik bas pegi city centre..jaraknye dekat jer..biasenya papa jalan kaki jer tapi hari ne kami semua naik bas jalan2 kat city..ramai btul org..panasnye boleh tahan gak..gambar2 sekitar Winter Garden..


Saturday, 12 July 2008

selamat bertemu kembali...



makan2 dulu sblm flight ke Manchester

window shopping kt Dubai

dah berzaman tak update blog almaklum ler balik mesia ne byk pgrm smpai nak ngadap komputer pun tak larat dah...last2 tersadai ler blog ne huhu...

alhamdulillah kami telah selamat sampai di bumi UK ne slps 24jam travel dari Kota Bharu-Kuala Lumpur-Dubai-Manchester-Sheffield...fuhhhhhh penat jgn cakap ler..muizz dan rania lak mood diorg tak menentu..time tdo jer lega le sket mama papa...fly ngan emirates ne makan best2..kekenyangan la kami sume atas flight tu...asyikkkk makannnnn jer kejenye...

ne gambar2 yg sempat dirakamkan papa...