Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Friday, 6 February 2009

Stoke On Trent

Lama betul tak mengupdate blog..mungkin sebab kesejukkan melampau menyebabkan `feel` utk berada di depan laptop terbantut saja...hari ni sebab dah dapat semangat angin `panas` mediteranean terus dapat mengupdate blog dengan cerita2 tahun lepas dan awal tahun hehehhe
seminggu selepas krismas hari tu baru dapat menjengah ke Stoke On Trent. Cadangnya nak tgk2 saja( boleh ke:D?LOL) akhirnya kami tambah2 set pinggan yg dah ada kat Wedgewood Factory Shop .sambil papa pilih2 pinggan ,Rania dan Muizz rehat2 kat cafe..
lepas pusing2 sekitar bandar Stafordshire dan Universitinya kami singgah makan di restoren pakistan..makanannya sedap dan takdelah mahal sangat..

Friday, 26 December 2008

Boxing Day 2008


tahun ni tahun ke2 kami merasa suasana Boxing Day kat sini.kalau thn lepas ke Doncaster, thn ni kami keJunction 32. ramai betul org shopping termasuklah org2 Melayu kita. Mat2 salleh pun mmg borong habis2an , ms2 gawat gini pun shopping tetap kencang juga!
Kami pun ada la beli sikit2..mmg harga baju yg dah tahu sebelum ni mahal dah dapat harga yg murah apalagi beli la.. tak pakai sini pun simpan buat pakai kat Malaysia( nipis2 tak pakai dah kat sinih weiiii)

Thursday, 27 November 2008

Shopping2 di Outlet Junction 32



Sebelum ni kami pernah terdengar org2 bercakap pasal
Outlet di Junction 32, tapi tak pernah berkesempatan `menghabiskan duit`( hehehh) kat situ.Tiba2 hari Ahad lepas papa ajak gi sana, apalagi on ajelah.Perjalanan tak jauh, 40 minit aje. Manusia pulak aduh ramainya..hampir setiap store yang ada penuh dgn mat2 dan minah salleh yang shopping. Kedai pulak memang banyak dan harga pun boleh tahan,(maknanya berpadanan dgn poket kita yg bukannya tebal sgt nih!),samaada pandai atau tak aje memilih.Hajat hati nak cari jaket tebal sikit utk Abg Muizz sbb dah nak winter nih ( cuaca sekarang pun udah macam winter ni waduh2...rindu panas kat Malaysia), tapi Muizz plk tak berkenan, asyik no-no aje. alih2 papa yang dapat jaket baru.


Silap kami dtg hari Ahad sebab rupanya diorang tutup awal, pukul 5 dah tutup kedai, sampai toilet pun dah kunci rapat, mujur keluar cepat2, silap2 dgn kami2 terkunci dalam tu hehehhe. Hari biasa kedai tutup pukul 8 mlm, kalau gitu nnt ajak papa gi lagi hari biasa..boleh shopping lagi...yahoooo

Muizz yg syok jd driver bas pusing2 London

Hari ni jumpa 2 kereta waja kat sini, bkn senang weh nk jumpa Waja kat UK, setakat ni ada ler 4-5 buah aje yg terjumpa.


Wednesday, 8 October 2008

sebelum raya


sebelum raya papa bawa kami shopping raya kat Doncaster. Ingat nak carila baju raya utk budak2 ni. Kalau ke Doncaster tu tempat singgahan utama mesti NEXT, Clarks, Cadbury, dan M&S.(selalunya singgah je la heehee). Mungkin sebab pegi pun hari Isnin,banyak barang takde, udah diborong mat2 salleh weekend tu kot.(depa ni nak raya jugak ke).sale pun takberapa sangat. sudahnya budak2 takdapat baju, makbapak budak yg dapat baju.:)

Thursday, 18 September 2008

Jln2 di Meadowhall


hari ni cuaca dah start cerah semula. Papa ajak jln2 ke Meadowhall saja cuci mata. Orang macam biasa la ramai.ms lalu dekat starbuck terbau-bau aje kopi tu...adussss kurus puasa hamba. Singgah kat NEXT.cantik nya baju2 utk autumn. Rasa macam nak beli semua hahhaha..especially yg warna purple, mmg cantik. Baju2 utk budak pun mmg tak kalah.masa lalu dkt perfume tu papa hadiahkan satu set perfume ..hehehe best ! lain kali nak lagi lah..bau dia ala-ala floral, fresh la.sambil2 tu beli juga utk hadiah k pah dan zahuri esok.
lepas tu singgah jap kat superdrug, ingat nak cari vitamin muizz, tapi TERbeli pulak makeup hehehe...`ter` tu .....bkn sengaja tapi sbb ada byk diorang display byk sangat so takleh tahan godaan, beli la jgk..bkn byk pun ,nak ganti foundation dan blusher yang 2-3 thn tak berganti huhuhu

sambil2 tu Rania dan Muizz mkn bekalan yg ada ..lapar la tu..nnt kita gi cr mkn tempat lain....