Thursday, 12 February 2009

Barcelona,Spain - Day 1

Alhamdulillah kami telah selamat pergi meronda sebuah lagi negara di luar UK iaitu di Barcelona, Sepanyol pada 8-11 Febuari 2009. Kali ni kawan papa-Lokman ikut sama. Macam biasa seawal 3.30 pagi dah keluar utk ke airport. Takut juga jln licin musim2 salji ni, tp alhamdulillah selamat sampai. Airport pun tak sesak sgt (tak mcm sebelum2 ni), mungkin org2 UK ni dah tak berapa nk berjln sgt musim2 gawat ni.
Perjlnn ke Girona airport mengambil masa 1 jam 40minit, 20 minit awal, pilot tu mmg bw laju giler..sampai di airport kami ambil bas ke Barcelona City-lebih kurang 1jam 10 minit.Dari stesen bas ke hotel pula, kami naik Metro (underground train). Hotel kami pun sgt dekat dgn La Ramblas dan tak jauh dari Metro Liceu dan Drassanes.
Lepas check-in dan rehat sekejap kami keluar sekitar hujung La Ramblas, depan Monumento a Colom.
Monumen ini dibina sbg memperingati tempat Christopher Columbus mula2 sampai di Spain. Sebenarnya ada lift dlm monumen ni, tapi tak pula kami naik( sbb tak tahu ler heheee)kalau tak dah boleh tgk view dr atas.
bergambar dengan street music group-universsom. lagu2 diorang best!

selepas bergambar dgn singa2 keliling monumen ni kami menuju ke Rambla de Mar ("Rambla of the sea").sekitar promenade ni ada satu group lg yg pasang lagu kuat2 dan ajak org menari. Yang menariknya bila dengar aje lagu yg dipasang seorang demi seorang mula bergerak dan menari berpasang2 macam berjangkit, kami yang dengar pun terasa macam nak menari juga.


tarian yg `berjangkit`;D
Rambla de Mar ni merupakan wooden platform/bridge yg menyambungkan daratn dgn Port Vell dimana dihujungnya ada shopping complex Maremagnum. Platform ni boleh di buka utk bagi bot masuk.

Kami masuk dan minum sambil rehat dalam Maremagnum. Lepas tu jalan2 sekitar Port Vell. Kat sini ada akuarium yg terbesar di Eropah, ada IMAX theatre juga.


kawasan sekitar Port Vell ni memang cantik dgn air laut mediteranean yg biru dan bot2 persendirian yg memenuhi kawasan tu.

di sekitar kawasan tu ada juga gerai2 kecil menjual makanan ringan dan souvenir. Sempat juga merasa badam manis dan kacang manis Barcelona.


Dekat-dekat situ juga terletaknya arca Barcelona Head yg dibina sempena Olimpik Barcelona.

Suhu maksimum Barcelona mencecah 22`Celcius! memang best giler..


Di Barcelona basikal, adalah pengangkutan awam yg biasa. Di mana2 saja ada basikal
Bicing ni. Sewa tahunan sebanyak 30 euro dan boleh tukar basikal utk ke destinasi2 berlainan di lebih 200 stesyen perhentian yg kedudukannya ebih kurang 300-400m setiap satu. Selalunya steyen perhentian ni dekat dgn sistem pengangkutan awam yg lain.Hebat! Agaknya boleh ke sistem basikal ni dibuat di Malaysia...hmmm tapi negara kita panas sangat rasanya dan takde laluan khas utk basikal macam kat sini..silap2 kena langgar pulak ..


Kami balik ikut lorong2 kecil yg agak suram. sebenarnya ada banyak kedai2 juga sepanjang lorong2 ni , tapi kebanyakkannya ditutup sebab hari tu hari Ahad.


malam tu semua tidur keletihan..esok nak jalan lagi nih.....tungguuuu...........

2 comments:

rauhunt said...

- gmbar yg membuatkan saya terliur nok gi.

1) port vell - lamo doh tok tgk harbour dgn kapal layar
2) 22°C - hok ni meme jeles tengok

- banyok nama Rambla ..ni mesti christopher colombus amik dari Malaysia, smpena mengingati nama mokcik Ramlah hok baik ngan dio.

raihan hassan said...

harus gi la rauhan..mmg best gilerrrr.besar banda dio...2 1/2 hari round pung tok habih jugok

hok 22`C tu meme kene jeles la..nia pun tok sir paka jaket.tapi pete sikit turun belah2 tapi tok beku supo di UK nih

p/s la rambla= ramlah ram? heheh