kami sampai di stesyen Metro yg agak jauh di mana kami kena naik escalator yg tinggi,ala-ala Batu Caves tingginya.antara escalator-escalator tu ada juga yg kami kena mendaki..nasib baik ada sorang mamat Perancis yg tolong tolak stroller Nia, kalu tak mahu berpeluh jugak ler.
dari escalator tu kami ingat dah sampai, rupanya belum lagi..adusss..kena jalan lagi rupanya..datanglah sorang pakcik Barcelona ni, dia bagitahu kami yg kalau naik metro memang teruk kalau bawa budak sebab jauh ( dgn bahasa Sepanyol yg telah dialih bahasa oleh En Lokman heheh)..dan dia pun cakap lagi biar dia tolong tunjukkan..dia pun bawa kami naik turun tangga(lagi!) dan jalan lagi sampai la di Park Guell tu...baik betul dia, dan memang kuat!umur dah dekat 70 kot tapi maintain jer jalan kaki.
Park Guell ni memang unik dan cantik..sebelum UNESCO ambil jadi taman warisan dunia , taman ni jadi tempat jamuan2, persidangan persendirian. Rasa kagum juga bila tengok mozek yg dihasilkan dari cantuman mozek2 kecil membentuk satu gambar, terutama yg diatas bahagian `ceiling` yg tinggi.
Di Park Guell ni juga terletaknya rumah Gaudi yg didiami beliau sehingga akhir hayatnya. Rumah ni sekarang dijadikan Muzium Gaudi dimana segala perabot2 dan memorabilia Gaudi di simpan di sini .
Lepas pusing2 sekitar rumah/muzium ,kami keluar tunggu bas depan entrance yg lain ( sebab kalau nak naik metro kena la jalan laluan tadi-jauh!). Naik bas ni bersesak jugalah. Ramai pulak tu warga2 emas yg naik bas.Maklumlah kalau naik metro tak semua stesyen ada kemudahan escalator dan lift. Kami berhenti agak2 dekat dengan Casa Mila/La Pedrera, satu lagi bangunan hasil rekaan Gaudi.
Plaza Sant Jaume, local power centre.
Sebelum balik hotel kami singgah ke galeri yg menyimpan patung2 yg digunakan utk festival `giant` di Barcelona.Sebenarnya banyak lagi patung2 gergasi di tingkat atas bangunan tu tapi dah tutup sebab dah malam.Lagipun kena bayar kalau nak naik sebenarnya. Tengok2 yg ada pun cukup dah.
Kami pusing2 buat kali terakhir sekitar La Rambla sebab pagi esok dah nak balik.......
Rasa rugi pula tak masuk, tapi kalau nak masuk mahal juga tiketnya..jadi tengok dari luar ajelah.
Dah bergambar, kami ambil metro ke Liceu di La Rambla semula. Taknak dah naik bas, sebab lambattttt..
Kami singgah shopping2 sikit dekat kedai org arab yg bg byk diskaun lepas tahu kami dari Malaysia.Muizz dan nia tu pun banyak dapat hadiah dari pakcik arab.Dia yg kemudiannya tunjuk arah mana nak cari restoren halal. ( 2 hari ni asik makan nasi briyani aje, nak juga try nasi lain).
Jauh juga berjalan nak cari kawasan restoren halal, rupanya kat kawasan ni barulah nampak ramai org Islam dan kedai2 halal. Terus order punyalah banyak. Masakan ni ala2 mediterranean gitu.
Sudah kekenyangan yg amat, kami balik ke hotel. petang tu kami alan lagi sekitar Barri Gothic.Sebelum tu kami bergambar di Plaza Reial yg dekat aje dengan hotel kami.
Plaza Sant Jaume, local power centre.
Sebelum balik hotel kami singgah ke galeri yg menyimpan patung2 yg digunakan utk festival `giant` di Barcelona.Sebenarnya banyak lagi patung2 gergasi di tingkat atas bangunan tu tapi dah tutup sebab dah malam.Lagipun kena bayar kalau nak naik sebenarnya. Tengok2 yg ada pun cukup dah.
Kami pusing2 buat kali terakhir sekitar La Rambla sebab pagi esok dah nak balik.......
No comments:
Post a Comment