Thursday 13 November 2008

Day 2- Rome

hari ni akan jadi hari yg sibuk sebab kalau boleh nak habiskan satu Rome dan Vatican City ( boleh ke? hahahah).Breakfast pagi ni pizza yg papa beli semalam kat kedai arab bawah hotel ni je. Kat sini banyak juga kedai halal, tak susah sangat la kalau lapar mlm2 hari.( tapi kalau nak cari nasi kerabu ke takdok ler hhehe)

(pizza ni cam simple tapi memang sedap..)
kami ambil tiket day rider Metro hari ni, harganya 4 euro , boleh naik Metro tu sampai pengsan hehehe. masa dalam laluan bawah tanah tu, biasalah ambil gambar, almaklumlah pelancong kan, tapi sebenarnya mmg `haram` rupanya ambik gambar kat situ..dah kn marah kat polizia Rome ni heheheh.

(gambar dlm laluan metro- nampak tak dlm gambar bwh kanan tu polis tgh dtg nak marah huhuhuuu)

kami terus ke destinasi pertama iaitu di Vatican City. Hajat dihati nak masuk ke Vatican museum dlm
St Peter`s Basilica sbb nak juga tgk lukisan Michaelangelo yg tersohor tu, tapi barisan org yg beratur dkt 1km membantutkan hajat kami. Aktiviti seterusnya macam biasalah posing2 dan mkn2.

tengahari tu tiba2 je cuaca dah mendung dan hujan turun mencurah2, memang lebat macam tengkujuh tempat kita.masa ni la ramai mat2 bangla jual payung dan baju hujan muncul.yg kelakar tu bila polis dtg ,berkeliaran diorng lari, mungkin sbb jual payung haram ler tu.

Mula2 tu tunggu juga hujan berhenti tapi nampak gaya cam sama jer, jadi kami pun bergerak jugalah, nasib baik naik metro so selamatlah sekejap masa dlm Metro tu. Hajat di hati nak ke Piazza del Popolo, tapi hujan mmg lebat betul, dapat ambil gambar kat jln masuk tempat tu aje...jadik la kot hahhaaah



tempat singgah seterusnya Spanish steps dekat Piazza Spagna. Alhamdulillah masa ni hujan dah berhenti, dpt la posing.Lepas kami ambik gambar terus tempat tu penuh dgn org.



Lepas tu kami ke Trevi fountain ,terpegun betul tgk ukiran di fountain ni, mmg cantik..

destinasi terakhir hari tu selepas shopping2 ialah
Pantheon, tapi hari dah gelap walaupun baru pukul 5 lebih,hujan pun dah mula nak lebat.
Masa nk balik semua dah letih, hujan pun makin lebat..tapi puas hati la sbb tempat2 utama dah cover......sampai je kat hotel terus perkena maggi 4 bungkus (muizz dan nia pun bantai makan maggi )hehehehh lapar sgt.Tapi lepas tu makan nasi lagi.( perut melayu nak makan nasi jugakkk).

4 comments:

rauhunt said...

sajo poleh tu buak2 maroh, padahal nok pozing skali

raihan hassan said...

kihkihkih betul la tu..meme dio nok pozing skali rasanyo,patutlah maroh sebak tok ajok dio hahahha

rauhunt said...

hajat nok gi jale d sheffield awal bule depe ..ado dumoh dok maso tu? (ayat2 intro berkias nok tupe make nasik tanpa rasa malu)

raihan hassan said...

ada, tok gi mn..maghi la..bdk2 ni mesti suko.