Sebelum ni kami pernah terdengar org2 bercakap pasal Outlet di Junction 32, tapi tak pernah berkesempatan `menghabiskan duit`( hehehh) kat situ.Tiba2 hari Ahad lepas papa ajak gi sana, apalagi on ajelah.Perjalanan tak jauh, 40 minit aje. Manusia pulak aduh ramainya..hampir setiap store yang ada penuh dgn mat2 dan minah salleh yang shopping. Kedai pulak memang banyak dan harga pun boleh tahan,(maknanya berpadanan dgn poket kita yg bukannya tebal sgt nih!),samaada pandai atau tak aje memilih.Hajat hati nak cari jaket tebal sikit utk Abg Muizz sbb dah nak winter nih ( cuaca sekarang pun udah macam winter ni waduh2...rindu panas kat Malaysia), tapi Muizz plk tak berkenan, asyik no-no aje. alih2 papa yang dapat jaket baru.
Silap kami dtg hari Ahad sebab rupanya diorang tutup awal, pukul 5 dah tutup kedai, sampai toilet pun dah kunci rapat, mujur keluar cepat2, silap2 dgn kami2 terkunci dalam tu hehehhe. Hari biasa kedai tutup pukul 8 mlm, kalau gitu nnt ajak papa gi lagi hari biasa..boleh shopping lagi...yahoooo
Muizz yg syok jd driver bas pusing2 London
Hari ni jumpa 2 kereta waja kat sini, bkn senang weh nk jumpa Waja kat UK, setakat ni ada ler 4-5 buah aje yg terjumpa.