Wednesday 19 December 2007

Selamat Menyambut Hari Raya Korban

lame betul tak menulis..gara2 adik nia tak berapa sihat..papa lak busy ngan persediaan untuk upgrade MPhill ke PhD..sian plak tengok papa..terkejar sana sini..mana nak keje pagi petang..terkejar2 ke universiti..lumrah hidup kat bumi UK ne..bukan takde aktiviti menarik yg nak dikongsi tapi kesuntukan masa nak ngadap laptop ne amat terbatas..alih2 terbiar lak blog kami ne...

takpe sempena hari baik bulan baik ne..kami semua menyusun jari memohon kemaafaan untuk semua kaum keluarga, shabat2 dan teman2 bloggers tak kira di mana saja kalian berada..SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL-ADHA untuk semua...moga2 kita semua tahan cabaran dan dugaan...kalau kat M'sia sure meriah raya kan..lagi2 kalo raya kat Kelantan...mau tak naik kilo sebab sana sini orang buat kenduri lauk daging korban...

sempena raya tahun ne..papa dah wakilkan abah tok kat kampung untuk sempurnakan akikah adik nia dan papa pun turut korban satu bahagian...terima kasih kat abang zie sebab sudi sponsor akikah adik nia..thanks a lot...

selamat beraya semua dan menjamu selera dengan juadah di Hari Raya..ingat2 lah kat kami di sini sama..huhu dok sedih pun ada sebab tak rasa pun suasana raya tambah2 pagi2 lagi papa dah pegi keje pastu terus pegi universiti...mama masak pulut inti dan nasi ayam hari ne..papa balik kejap makan pastu kuar balik pegi keje..huhu...sedih beb...di hari raya yg mulia tinggal kami bertiga jer..ape nak buat..inilah dinamakn pengorbanan..moga tersimpan rahmat untuk kami semua dan kawan2 semua...

1 comment:

Kak Pah Sherry said...

SELAMAT HARIRAYA AIDILADHA BUAT ANN, RUSDI, MUIZZ & RANIA... MAAF ZAHIR & BATIN ANDAI ADA TERKASAR BAHASA TERSILAP KATA.. HALALKAN YG TERMAKAN TERMINUM... SEMOGA BERGUMBIRA SENTIASA...
Cabaran & dugaan di perantauan sama2 kita rasai & nikmati bersama.. semoga kita sama2 tabah dlm mengharungi, menempuhi cabaran & dugaan tersebut.. Disamping itu hari2 gumbira kita di sini jgn dilupakan... once in a life time!