Friday, 2 November 2007

Mee celup



Teringat masa kat Malaysia, antara menu kegemaran kami ialah mee celup...kalau balik ke Kelantan memang itu yang dicari. Ada satu kedai atas Pasar Siti Khadijah yang kami memang tak miss untuk singgah makan. Yang istimewa pasal mee ni ialah sup perutnya dan dimakan time panas2..fuhhh tak dapat digambarkan keenakkannya....satu mangkuk mee/mihun/kue tiow sup RM 3.50..kalau nasi sup pulak RM4.oo.




dek kerana kerinduan pada mee celup ni, papa beli perut lembu yang Abg Fuad jual, £2.50 sekilo...ok la tu...balik rumah mama terus basuh dan masuk dalam slow cooker semalaman.


Esoknya potong kecil2 dan buat sup makan dgn bihun...aduhhhhh ...sedapnya...ni kalau David Beckham lalu pun tak perasan..( iye ke hihiiii- ntah2 dia pun tumpang makan..heheh)..memang terubat kerinduan pada mee celup..dan yang pasti boleh makan banyak kali, dan lagi dan lagi dan lagi...

No comments: