Alhamdulillah kami sampai juga ke Prague, Republic Of Czech.`Uncle`Lokman pun ikut sama kali ni. Negara ni baru saja merdeka pada 1992 setelah sekian lama berada dibawah cengkaman komunis Russia. Dahulunya ia dikenali sebagai Czechoslovakia. Selepas merdeka negara Czechoslovakia terbahagi 2 iaitu Rep. Czech dan Slovakia.
Prague terkenal sebagai destinasi romantik eropah, dengan jalan2nya yg berbatu2(Cobble stone) dan bangunan2 yang indah, bandar Prague memang cantik. Cuacanya pula agak lebih kurang sama dengan UK. Orang2 Prague( atau Praha dalam bahasa Czech) sangat meminati seni. Hampir setiap lorong yang kami lalui mempunyai bilik2 teater dan persembahan2 seni (muzik,puppet dsbnya) .
Destinasi pertama kami ialah di Charles Bridge( Karluv Most).Jambatan ini merupakan satu satu binaan yang terkenal di Prague dan pernah menjadi satu2nya jambatan yg merentangi Sungai Vltava selama 100 tahun. Sepanjang jambatan ini terdapat patung2/`statues` yg mempunyai cerita masing2.
Sampai kat seberang kami singgah kat kedai souvenir. Prague terkenal dengan kristal Bohemia yang memang cantik, tapi kami tak beli sebab takut pecah sebelum sampai Sheffield :D..( lagipun harganya boleh tahan :(
Malam tu kami keluar lagi, hujan yg mula renyai2 lama2 jadi lebat menyebabkan gambar2 semua tak berapa cantik, so kami jalan2 saja sekitar old town ke new town sambil dengar `konset eropah` yg kebetulannya start malam tu sampai hari kami balik. Lagu2 memang best tapi satu pun tak paham .Lepas shopping makanan kat Tesco dekat apartment kami, kami balik utk kumpul tenaga nak jalan esok.
Muizz yg kesejukkan, sorry yer mama lupa bawa rain cover daa...