Friday 31 October 2008

Rambutan oh rambutan

Abg Muizz sangat suka buah rambutan.Masa balik Malaysia tempoh hari kalau sekilo pun sekejap je habis..yang letihnya org yang kena hiris utk dia...hmmm

2-3 minggu lepas mmpi apa ntahle tiba2 teringat kat buah rambutan ni..kelakar pula bila dia suruh pegi beli tiket kapalterbang nak balik rmh ma tok sbb ada bnyak buah rambutan. lepas Cik Jan (adik papa) dah pos baru la jumpa rambutan tin kat kedai Tai Sun, apalagi makan sungguh la Muizz, sampai 2 tin hehehe

Tuesday 28 October 2008

Autumn di Graves park


Tahun ni tahun ke-2 kami merasai musim luruh di bumi Sheffield. Tahun ni papa ajak ke Graves Park, tak berapa jauh dari rumah. Cuaca pula memang sejuk hari ni macam dah masuk winter pula.Nasib baik abg Muizz bawa sarung tangan dan topi..tapi dia pun asyik komplen sejuk aje.

adik nia dah macam angkasawan heehee....

kat Graves Park ni ada Farm kecil utk tarikan budak2. Memang suka habislah budak 2 org ni..banyak juga la binatang2 asas utk sebuah farm ada kat sini macam ayam, itik, keldai, kambing, b*bi,burung2 dan yg best Highland Calves pun ada( ini ada kat Sotland aje ni....)


inilah Highland Calf




Thursday 9 October 2008

adik jumpa health visitor

Adik nia ada appointment dgn health visitor hari ni. Health visitor ni mcm jururawat kesihatan kat tempat kita la, tp tak pakai uniform dan nampak santai je..kerja pun cam rilek jer.setiap hari Khamis kat Surestart dkt rmh ni ada sessi Baby clinic dimana ibubapa boleh bawa anak2 timbang or kalau ada kemusykilan apa2 la. Tapi kalau nak dapatkan imunisasi masih kn bawa pegi GP sebab ada nurse khas yg incharge.Macam best la sistem ni sbb setiap kawasan ada Surestart dan disitu ada nursery, ada Baby Clinic ada Early bird-utk bdk2 bwh 3 thn sekali seminggu main kat nursery. Tapi kat Malaysia kita ada Klinik Desa, mungkin beban kerja yg banyak nampak macam kita tak efisyen. Ye lah kalau satu pagi dah berpuluh2 org sapa yg tak berpinar biji mata.
Adik nia kn timbang sebulan sekali sbb berat dia bwh 3rd centile-hari ni dah naik 8 kilo dah ..ok ler tu..cakap dkt makcik health visitor u patutnya dtg last week tp kami celebrating eid, dia pun kata kalu krismas pun dia tak kan dtg jugak..heheheh betoi jugak tuuu.....
lepas tu dia suruh bawa nia lambat2 sikit lepas ni ,6-8 minggu ke...haaa ok sgt ler tu...

selepas urusan kat surestart bawa adik ke park, alah sebelah bangunan tu aje.seronok la dapat lari ngan abg muizz. cuaca pulak elok hari ni.


abg Muizz dah boring menunggu agaknya...


muizz masa tunggu adik nia..lepak dgn papa kat park dulu.




utk tatapan keluarga kat Malaysia..adik nia dah boleh lari dah heheheh

Wednesday 8 October 2008

sebelum raya


sebelum raya papa bawa kami shopping raya kat Doncaster. Ingat nak carila baju raya utk budak2 ni. Kalau ke Doncaster tu tempat singgahan utama mesti NEXT, Clarks, Cadbury, dan M&S.(selalunya singgah je la heehee). Mungkin sebab pegi pun hari Isnin,banyak barang takde, udah diborong mat2 salleh weekend tu kot.(depa ni nak raya jugak ke).sale pun takberapa sangat. sudahnya budak2 takdapat baju, makbapak budak yg dapat baju.:)

Posing Raya


Tiap-tiap tahun mesti ambil gambar setiap hari raya,...tapi tahun ni pun takde baju kurung juga..takpelah nnt balik Malaysia kami melaram habis-habisan. Masa balik hari tu pun tak terpikir pun nak jahit baju kurung, padahal ada pun kain yg Ma bagi. nasib baik Abg Muizz ada baju melayu yg neneknya hadiahkan. Rania pulak takde size. Takpelah..pakai aje baju yg ada yg penting baju baru, kira baju raya la tu..:)


ini gambar tahun lepas..tgk baik2..ada beza ke?yg pasti umur sudah bertambah.
Untuk semua kaum keluarga di Malaysia dan kenalan di mana saja berada kami ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin ( alamak dah lewat ke ucapan nih...hehehhe)

Abg dan Adik posing...


Sunday 5 October 2008

Sambutan raya


kami buat juga jamuan ala2 open house tapi takde la panggil ramai sgt..takut pakcik Cliff sebelah rmh ni komplen pulak. Hari raya kedua ajak jiran2 kg Firth Park campur dgn 4-5 family lagi dan hari Ahad raya ke-6 tu utk kawan2 rapat yg lain.

hari raya kedua tu masak bihun sup ayam dgn nasi gulai kawah.tetamu last pukul 8 mlm , lepas tu join family wan Amir dan Fazrin beraya rmh Jan, Rozita dan Fadly. Ingat nak bertandang rumah k pah tapi papa pulak asyik tersumbat hidung dek kesejukkan dan budak2 pun dah tertido.,kami terus balik, sorry ye k pah, nnt kami seranghari lain yer :D
Hari raya ke enam tu pula buat nasi dagang dgn gulai kerutuk ayam dan gulai ikan.(kes rindu masakan mama time-time hari raya ni) terlebih rajin pulak hari tu jadi buat juga roti jala dgn kuzi ayam. Harap2 semua tetamu yg datang puas hati.

antara yg dapat dirakam masa jamuan raya hari tu..masa raya kedua tu tak sempat ambil
gambar dgn tetamu.

Wednesday 1 October 2008

Selamat Hari Raya

tahun ni tahun kedua beraya kat Sheffield ni. dulu rasa juga sayu2 tapi tahun ni dah macam biasalah. mungkin sebab tahun lepas raya kat rumah, tak sempat nak gi PMC pun .PMC(pakistan muslim centre) ni adalah dewan yg kami masyarakat Melayu Sheffield selalu sewa utk jamuan2 khas macam raya dan iftar hari tu. Malam raya pun memang sibuk lah masak sikit nak bawa ke PMC esok. Kami yang di Firth Park ni ditugaskan utk masak rendang...seumur hidup belum pernah masak rendang..dulu tengok saja mama masak dan belajar teori. praktikalnya belum lagi...hahaah hantam sajalah....nasib baik jadi...tapi rasa cam manis sikit heheh

lepas papa balik kerja terus lah pegi PMC,budak2 pun dah siap awal lagi.Muizz suka sebab kata dia nak gi semayang kat masjid..meriah betul raya. macam2 makanan ada, rendang kambing, rendang ayam, lontong, kuah kacang, nasi himpit. kuih2 raya..memang makan sungguh2 la..

suasana raya warga melayu kat sheffield ne...

balik dari PMC kami ke rumah kawan upsi papa Afza di Crooke..sedap menu laksa penang versi UK dan lontong..yg bestnye rumah afza banyak biskut raya..mcm2 ade..adik nia punye le penat beraya sampai tido pn dh tak sedar ape dh..dkt2 nk balik baru le sedar hehehe...ptg tu trus balik rumah..nk buat mcm mane papa keje lagi ptg tu..huhu nasib di rantau orang....