Friday, 16 January 2009

North Wales Day 2


Hari kedua kami bergambar depan pantai Llandudno.Pantainya bersih dan landai, dipenuhi dgn
batu2 yg memenuhi pesisir pantai. Ada pier tapi kami tak ke sana sebab cuaca agak sejuk.






selepas bergambar dan beli souvenir sikit2 kami bertolak ke Caernarfon Castle, lebih kurang 40 minit perjalanan. Castlenya cantik dengan kota di dalamnya dan terletak bersebelahan dengan kuala sungai.




selepas pusing2 luar castle, kami bertolak ke Bangor, saja nak tengok bandar nya, sempat uga pusing2 kawasan universiti Bangor dan singgah bergambar di depan jambatan Menai/Menai Suspension Bridge.


Selepas berhenti rehat di services( macam R&R di Malaysia),
kami ke Conwy Castle, sayangnya tak dapat masuk sebab dah tutup. Kami pusing2 sekitar bandarnya yg juga dalam kawasan castle tu sebelum terus pulang ke Sheffield.

Thursday, 1 January 2009

North Wales

selepas krismas (27-28.12.08) hari tu kami berkesempatan melawat Llandudno(Conwy),North Wales. Perjalanan tak jauh ,lebih kurang 3 jam dari rumah. kali ni family Zana/Sobri dan Afza/Faiz ikut sama.

(Muizz boring duk dlm kereta..)
Bila saja masuk ke sempadan Wales rasa seperti masuk negara lain pulak sebab papan tandanya semua ada 2 bahasa iaitu bahasa Welsh dan English. Ejaannya pelik2 dan kedengaran kelakar pulak kdg2 tu.

Destinasi pertama ialah
The Great Orme .Hajat dihati nak naik tram (the only cable operated street tramway in Britain)tapi dukacita sungguh bila tram tu rupanya tutup sampai bulan 3 nnt.so ambil gambar2 dpn Victoria Station dia ( kecik aje) dan kami drive naik ke summit.


Sampai di summit tu apalagi sessi posing la..angin kuat betul di kemuncak Great Orme ni..memang sejukkkkkk...grrrrrr,pemandangan pula sangat cantik sbb boleh nampak hampir keseluruhan pantai Llandudno.




Lepas tu kami terus check-in di hotel yg betul2 depan pantai.Malam tu kami keluar jln2 sambil shopping kat NEXT (sempat lagi tu...heheheh)..ingat nak cari coffee house ke ala2 Starbuck tapi takdelah pulak...disebabkan cuaca yg semakin sejuk kami masuk dlm hotel semula



Abg Muizz dan Nia suka la sebab dpt tidur kat hotel..

Friday, 26 December 2008

Boxing Day 2008


tahun ni tahun ke2 kami merasa suasana Boxing Day kat sini.kalau thn lepas ke Doncaster, thn ni kami keJunction 32. ramai betul org shopping termasuklah org2 Melayu kita. Mat2 salleh pun mmg borong habis2an , ms2 gawat gini pun shopping tetap kencang juga!
Kami pun ada la beli sikit2..mmg harga baju yg dah tahu sebelum ni mahal dah dapat harga yg murah apalagi beli la.. tak pakai sini pun simpan buat pakai kat Malaysia( nipis2 tak pakai dah kat sinih weiiii)

Thursday, 25 December 2008

Present for Muizz and Rania


masa Christmas Eve hari tu jiran kami Mr Cliff dan Pam ajak pegi rumah dia. Mula2 takut juga, mana la tahu ajak mkn2 ke, susah juga. Tapi utk tidak menghampakan pakcik tu ,kami gi jugak. Rupanya dia nk bg hadiah kt Muizz dan Rania. Rania dpt baby doll dan Muizz dpt kereta control..Suka betul bdk2 tu..Nia pun nak duduk dgn Pam sbb dpt present.
They all tak angkat apa2 utk mkn, mungkin diorng pun tahu. Rumah diorang bersih dan kemas je, ingatkan cam kotor (heheheeee buruk sangka betol)..anjing 2 ekor tu pun duk kt dapur aje dan ada pagar , so tak dapat ler masuk Reebok dan Annie ke living room..selamat..
Tanya juga Cliff how do they celebrate christmas. Kata cliff biasanya tghari hari Christmas tu ada mkn2 dgn family pas tu buka2 hadiah. malam tu biasalah clubbing dan minum2.They all takdelah pergi church sebab katanya dia tak percaya dgn agama diorang sendiri..hmmm..
patutlah pagi krismas tu pun senyap sunyi aje rumah dia..family pun tak ramai agaknya....

Sunday, 21 December 2008

Dublin-day 2

hari ke-2 ni ingat nak gi 2-3 tempat lagi yg tak cover betul2.Lepas breakfast singgah kat post office dulu hntr poskad pd family kat Malaysia, kenangan dah sampai tempat ni ler.Post office dia betul2 kat O`connell Street bangunan lama yg masih cantik.Tapi dlmnya takdelah besar sgt kalau pejabat pos besar kat KB tu lagi besar rasanya.

(Adik main2 sambil tunggu papa pos poskad)

Lepas tu jln2 sekitar bandar dan singgah mkn di Madina Restaurant. Pesan nasi beriyani dan lamb chop. Nasi beriyani ayam dia memang sedap!Adik macam biasa mengamuk sambil tunggu mknn sebab lapar..nasib baik cepat servis dia.

lepas mkn, jln2 sekitar Temple Bar. Nia lagi sekali mengamuk..dah kenyang2 mkn nak tidur la pulak.singgah minum cappucino kat tepi jln. Best minum kopi panas time2 sejuk ni...


Kami terus ke Dublin Castle lepas tu..Cuaca pula makin sejuk. Castle ni berbeza dgn castle2 di UK sbb bangunannya warna warni-biru ,merah dan kuning.

kami pusing2 dkt bangunan gift shop dkt castle tu tp mahal sgt brg2nya.
lepas ambik2 gambar sekitar sg Liffey tu kami balik hotel, dah tak thn sejukkkkk.


esoknya pukul 5 pg dah bangun siap2 sbb flight pukul 8.30pg.nasib baik sempat dgn bas yg nk ke airport pukul 6pg.Dublin airport besar jg, tp takleh lwn KLIA.
Alhamdulillah percutian kali ni selamat dan semua happy..Muizz pun tak sabar nk gi jln2 tempat lain lg.
Dublin at night.

Thursday, 18 December 2008

Jln2 Dublin,Ireland -Day 1

Alhamdulillah kami sampai juga ke Dublin, Ireland pada 9-11 Disember lalu. Percutian ini ditaja penuh oleh papa ( hehehe mestila sapa lagi!).kami naik Ryanair dari East Midland airport (EMA) , flight pkl 6.30 pg, sama mcm masa ke Rome hr tu. oleh krn ini dh 2nd time naik ikut EMA so dah boleh nak budget pkl brp nk keluar rmh.
Perjlnn ke Dublin airport tk lama, 45 min jer.smp kt airport , mkn breakfast yg bw dr rmh dan naik bas ke city centre lbh kurang 25min perjlnn. Hotel kami pun betul2 di city centre, so jln kaki sj pusing2 bndar.
bandar Dublin takdelah besar sgt mmg kalau pusing betul2 sehari pun boleh habis. yg tekenal di Dublin ni ialah jambatan2nya yg merentasi Sungai Liffey,(Ha`Penney Bridge,O`Connell Bridge..dan 2-3 buah lg ), Temple Bar, Trinity College, Dublin Castle,Custom House,Grafton Street,St Stephen`s Green Park.


Hari pertama lepas check-in di hotel tu kami terus jln2 di O`Connell Street,singgah di Moore street -ada pasar jual buah dan sayur2 juga.Sepanjang Moore Street ni ada byk gerai2 jual brg2 tiruan dr China,ada perfume ,mainan, beg dan mcm2 lagilah, Ala2 Petaling Street gitu tp harganya mahal juga. Tanyalah sorang seller ni harga satu beg merah yg agak cantik ler jg , tp aduss smpai 48Euro !baikler cr River Island time sale boleh gak dpt £2o satu beg..
letih pusing2 kami singgah kedai kebab-Iskander.mkn roti nan, nasi takde kat situ..tp byknyer mknn utk 2 set! Rania dah start nak mengamuk sebab lapar sgt agaknya.

(aksi2 Nia yg marah2 sebab sudah kelaparan tahap mega!)
Lepas mkn kami menyusur jln Grafton Street, ada patung penjual ikan Molly Malone yg terkenal ( sexy beb!).kebetulannya ada sorang mamat irish yg pakai costume
Leprechaun

sempat la bergambar dgnnya.(Muizz suka betul , tapi masa Leprechaun tu nak dukung dia takut pulak..hahaha mungkin perutnya besar sgt! or takut Leprechaun tu bawa lari dia ..)

kemudian kami ke Trinity College yg tersohor tu, rupanya ada konvo masa tu tapi nampak tak grand pun! kami pun buat2 sibuk ler ambik gambar juga.


lepas tu balik ke hotel kejap , rehat2 sambil isi perut, Nia dan Muizz pun dah letih lepas main2 kat Trinity College ,sampai tertidur masa balik.
Malam tu kami keluar lagi sekitar O`Connell Street..malam di Dublin agak meriah jugak, maklumlah ada byk pub dan bar.


Friday, 12 December 2008

Majlis Pertunangan Ilah-Anas



Pada hari raya kedua-telah selamat berlangsung pertunangan Cik E /Ilah (adikku) dgn Anas.majlis dibuat sederhana dan family terdekat aje pun yg dijemput.Teringat pula zaman muda2 masa bertunang dulu..hehehhe ala malu2 kucing gitu...
Selamat bertunang utk Ilah dan Anas, nnt masa kawin ambik gambar byk2 weh..sedihnye tokleh balik waaaaaa :(