Tuesday 24 February 2009

Barcelona -Day 3

Hari ni semua bangun agak awal dan sempat breakfast.Maria cafe pun senyum aje ( sebab tak payah dah keje lebih pukul 10 cam semalam).Hari kami naik metro nak melawat Park Guell, taman yg diilhamkan oleh Gaudi.


kami sampai di stesyen Metro yg agak jauh di mana kami kena naik escalator yg tinggi,ala-ala Batu Caves tingginya.antara escalator-escalator tu ada juga yg kami kena mendaki..nasib baik ada sorang mamat Perancis yg tolong tolak stroller Nia, kalu tak mahu berpeluh jugak ler.

dari escalator tu kami ingat dah sampai, rupanya belum lagi..adusss..kena jalan lagi rupanya..datanglah sorang pakcik Barcelona ni, dia bagitahu kami yg kalau naik metro memang teruk kalau bawa budak sebab jauh ( dgn bahasa Sepanyol yg telah dialih bahasa oleh En Lokman heheh)..dan dia pun cakap lagi biar dia tolong tunjukkan..dia pun bawa kami naik turun tangga(lagi!) dan jalan lagi sampai la di Park Guell tu...baik betul dia, dan memang kuat!umur dah dekat 70 kot tapi maintain jer jalan kaki.


Park Guell ni memang unik dan cantik..sebelum UNESCO ambil jadi taman warisan dunia , taman ni jadi tempat jamuan2, persidangan persendirian. Rasa kagum juga bila tengok mozek yg dihasilkan dari cantuman mozek2 kecil membentuk satu gambar, terutama yg diatas bahagian `ceiling` yg tinggi.


Di Park Guell ni juga terletaknya rumah Gaudi yg didiami beliau sehingga akhir hayatnya. Rumah ni sekarang dijadikan Muzium Gaudi dimana segala perabot2 dan memorabilia Gaudi di simpan di sini .





Lepas pusing2 sekitar rumah/muzium ,kami keluar tunggu bas depan entrance yg lain ( sebab kalau nak naik metro kena la jalan laluan tadi-jauh!). Naik bas ni bersesak jugalah. Ramai pulak tu warga2 emas yg naik bas.Maklumlah kalau naik metro tak semua stesyen ada kemudahan escalator dan lift. Kami berhenti agak2 dekat dengan Casa Mila/La Pedrera, satu lagi bangunan hasil rekaan Gaudi.







Rasa rugi pula tak masuk, tapi kalau nak masuk mahal juga tiketnya..jadi tengok dari luar ajelah.
Dah bergambar, kami ambil metro ke Liceu di La Rambla semula. Taknak dah naik bas, sebab lambattttt..
Kami singgah shopping2 sikit dekat kedai org arab yg bg byk diskaun lepas tahu kami dari Malaysia.Muizz dan nia tu pun banyak dapat hadiah dari pakcik arab.Dia yg kemudiannya tunjuk arah mana nak cari restoren halal. ( 2 hari ni asik makan nasi briyani aje, nak juga try nasi lain).
Jauh juga berjalan nak cari kawasan restoren halal, rupanya kat kawasan ni barulah nampak ramai org Islam dan kedai2 halal. Terus order punyalah banyak. Masakan ni ala2 mediterranean gitu.

Sudah kekenyangan yg amat, kami balik ke hotel. petang tu kami alan lagi sekitar Barri Gothic.Sebelum tu kami bergambar di Plaza Reial yg dekat aje dengan hotel kami.



Plaza Sant Jaume, local power centre.



Sebelum balik hotel kami singgah ke galeri yg menyimpan patung2 yg digunakan utk festival `giant` di Barcelona.Sebenarnya banyak lagi patung2 gergasi di tingkat atas bangunan tu tapi dah tutup sebab dah malam.Lagipun kena bayar kalau nak naik sebenarnya. Tengok2 yg ada pun cukup dah.


Kami pusing2 buat kali terakhir sekitar La Rambla sebab pagi esok dah nak balik.......

Sunday 15 February 2009

Barcelona -Day 2

Pagi hr yg kedua bermula agak lewat sbb letih hr semalam menyebabkan semua bangun lewat. Turun breakfast pun dah dkt pukul 10, nasib baik masih ada cereal dan roti,siap makcik Maria cafe tu bgtau esok kn mkn sampai pukul 10 sbb dia nk kemas.(betul ke tak tak tau ler sbb dia ckp Spanish hahahaaa).
Lepas breakfast kami menyusur sepanjang La Rambla. Asalnya La Rambla ni adalah alur sungai yg kecil. perkataan Rambla tu pun berasal dari perkatan arab iaitu `ramla` yg bermaksud `dry stream.

Sepanjang jalan ni terdapat bermacam2 tarikan, dari street art ala2 kat pasar seni tu, ada street performers/buskers (ada patung hidup,naga, puteri ala2 gothic,grim the ripper pun ada!). Sepanjang jalan tu juga ada kedai2 menjual souvenir dan gerai2 menjual pokok2 kecil dan bunga. Ada juga gerai2 menjual binatang `pets` yg bila malam masa gerai tu ditutup, semua ayam2, burung2, arnab, hamster, ikan2 dan segala binatang jualan tu akan dibiar dalam gerai yg ditutup. aduss kesiannya..
Kemudian kami singgah di pasar St Joseph atau nama lainnya La Boqueria. Pasar ni ada jual buah2an, sayur, coklat/manisan, jeruk manis, ikan dan macam2 lagi ler. Cara mereka menyusun barang2 jualan sangat kreatif dan tersusun sehingga nampak begitu menarik.Kedai yg jual telur pun nampak macam buat pameran telur :D

Kami sempat merasa air buah yg tak pernah jumpa sebelum ni di mn2. Ada byk kombinasi air buah ni tp ,yg paling istimewa ialah bila di kombinasikan dgn isi kelapa, mcm santan gitu tapi hasilnya, memang air tu sgt sedap! Rasanya boleh kot try utk dikomersialkan di Malaysia.


Lepas tu kami ke Plaza Catalunya yg berada di hujung La Rambla dan jalan kaki ke University Barcelona.



Dari universiti kami ambil metro ke Sagrada Familia yg kalau tak dtg sini mmg tak sah. Gereja yg tak siap ni dah jadi trademark utk Barcelona hasil kerja arkitek Antoni Gaudi yg tersohor tu. bangunan gereja ni mmg tak siap2 semenjak kematian Gaudi sbb katanya Gaudi ni jenis buat kerja dekat field, tak tinggalkan blueprint utk hasil kerjanya jadi ramai tak tahu macamn nak siapkan bangunan ni. Khabarnya kerja2 pembinaan nih akan berterusan sampai 2046.


Lepas ambil2 gambar kami naik metro ke Casa Batllo, satu lagi binaan hasil kerja Gaudi.


Oleh kerana budak2 dah keletihan (makbapak budak pun sama ),kami balik rehat kat bilik kejap. Petang sikit kami keluar sekitar area Monjuic, hajat dihati nak masuk ke Palau National tapi sebab dah malam ia dah tutup, so pusing2 sekitar kawasan tu sajalah dan sekitar Plaza Espana


Sebenarnya nak jenguk stadium olimpik Barcelona, tapi menurut kata polis agak2 20min perjalanan dari situ, jadi kami ambil keputusan balik hotel.

Thursday 12 February 2009

Barcelona,Spain - Day 1

Alhamdulillah kami telah selamat pergi meronda sebuah lagi negara di luar UK iaitu di Barcelona, Sepanyol pada 8-11 Febuari 2009. Kali ni kawan papa-Lokman ikut sama. Macam biasa seawal 3.30 pagi dah keluar utk ke airport. Takut juga jln licin musim2 salji ni, tp alhamdulillah selamat sampai. Airport pun tak sesak sgt (tak mcm sebelum2 ni), mungkin org2 UK ni dah tak berapa nk berjln sgt musim2 gawat ni.
Perjlnn ke Girona airport mengambil masa 1 jam 40minit, 20 minit awal, pilot tu mmg bw laju giler..sampai di airport kami ambil bas ke Barcelona City-lebih kurang 1jam 10 minit.Dari stesen bas ke hotel pula, kami naik Metro (underground train). Hotel kami pun sgt dekat dgn La Ramblas dan tak jauh dari Metro Liceu dan Drassanes.
Lepas check-in dan rehat sekejap kami keluar sekitar hujung La Ramblas, depan Monumento a Colom.
Monumen ini dibina sbg memperingati tempat Christopher Columbus mula2 sampai di Spain. Sebenarnya ada lift dlm monumen ni, tapi tak pula kami naik( sbb tak tahu ler heheee)kalau tak dah boleh tgk view dr atas.
bergambar dengan street music group-universsom. lagu2 diorang best!

selepas bergambar dgn singa2 keliling monumen ni kami menuju ke Rambla de Mar ("Rambla of the sea").sekitar promenade ni ada satu group lg yg pasang lagu kuat2 dan ajak org menari. Yang menariknya bila dengar aje lagu yg dipasang seorang demi seorang mula bergerak dan menari berpasang2 macam berjangkit, kami yang dengar pun terasa macam nak menari juga.


tarian yg `berjangkit`;D
Rambla de Mar ni merupakan wooden platform/bridge yg menyambungkan daratn dgn Port Vell dimana dihujungnya ada shopping complex Maremagnum. Platform ni boleh di buka utk bagi bot masuk.

Kami masuk dan minum sambil rehat dalam Maremagnum. Lepas tu jalan2 sekitar Port Vell. Kat sini ada akuarium yg terbesar di Eropah, ada IMAX theatre juga.


kawasan sekitar Port Vell ni memang cantik dgn air laut mediteranean yg biru dan bot2 persendirian yg memenuhi kawasan tu.

di sekitar kawasan tu ada juga gerai2 kecil menjual makanan ringan dan souvenir. Sempat juga merasa badam manis dan kacang manis Barcelona.


Dekat-dekat situ juga terletaknya arca Barcelona Head yg dibina sempena Olimpik Barcelona.

Suhu maksimum Barcelona mencecah 22`Celcius! memang best giler..


Di Barcelona basikal, adalah pengangkutan awam yg biasa. Di mana2 saja ada basikal
Bicing ni. Sewa tahunan sebanyak 30 euro dan boleh tukar basikal utk ke destinasi2 berlainan di lebih 200 stesyen perhentian yg kedudukannya ebih kurang 300-400m setiap satu. Selalunya steyen perhentian ni dekat dgn sistem pengangkutan awam yg lain.Hebat! Agaknya boleh ke sistem basikal ni dibuat di Malaysia...hmmm tapi negara kita panas sangat rasanya dan takde laluan khas utk basikal macam kat sini..silap2 kena langgar pulak ..


Kami balik ikut lorong2 kecil yg agak suram. sebenarnya ada banyak kedai2 juga sepanjang lorong2 ni , tapi kebanyakkannya ditutup sebab hari tu hari Ahad.


malam tu semua tidur keletihan..esok nak jalan lagi nih.....tungguuuu...........

Sunday 8 February 2009

Snow


tahun ni merupakan tahun UK mengalami musim buruk yg paling teruk semenjak 18 tahun.Salji turun tak berhenti2 selama 2 hari dan berterusan selama hampir 2 minggu. walaupun teruk ,kedatangan salji umpama pesta di bumi Britain ni. Org2 putih pun macam tak pernah jumpa salji inikan pulak orang kita yg memang tak kenal salji dari kecil. Tapi tahun ni Adik Nia dapat main belakang rumah saja sebab bila salji start turun dia pun start demam...kesian...mamanya pun tak dapat main salji juga huhu....


Saturday 7 February 2009

Nursery Muizz



pada 20hb Januari hari tu, Muizz dgn rasminya menjadi murid( boleh panggil murid ker..heheh) di nursery sekolah Hindehouse.seminggu sebelum tu cikgunya datang ke rumah utk `homevisit` dan keesokkannya ibubapa dan murid2 baru dipanggil utk sessi `taster`-pengenalan gitu..
tapi yg paling suka ialah adik nia..macam dia pulak yg nk start sekolah.

Friday 6 February 2009

Stoke On Trent

Lama betul tak mengupdate blog..mungkin sebab kesejukkan melampau menyebabkan `feel` utk berada di depan laptop terbantut saja...hari ni sebab dah dapat semangat angin `panas` mediteranean terus dapat mengupdate blog dengan cerita2 tahun lepas dan awal tahun hehehhe
seminggu selepas krismas hari tu baru dapat menjengah ke Stoke On Trent. Cadangnya nak tgk2 saja( boleh ke:D?LOL) akhirnya kami tambah2 set pinggan yg dah ada kat Wedgewood Factory Shop .sambil papa pilih2 pinggan ,Rania dan Muizz rehat2 kat cafe..
lepas pusing2 sekitar bandar Stafordshire dan Universitinya kami singgah makan di restoren pakistan..makanannya sedap dan takdelah mahal sangat..