Saturday, 8 November 2008

Tetamu dari Surrey


kawan papa dari Surrey dtg tidur kat rumah 2 mlm. Nazim,isterinya Amal bersama 2 anak dan kawan serumah, Iman. Mereka ke Nottingham dulu sebelum singgah bermalam di rumah kami ni.Esoknya ke Bradford tgk pinggan mangkuk dan terus ke York.
Abg Muizz suka sebab ada kawan baru. Nia pula terlebih suka sebab ada baby.Baby pun baru je habis pantang tapi bdnnya semangat..berat lebih kurang Nia je..

Masa nak balik ke Surrey, Muizz macam nak marah aje, taknak bye-bye,,almaklumlah baru je nak mesra2 dah nak balik..nantilah kita ke Surrey pulak ye..InsyaAllh..

Tuesday, 4 November 2008

Adik demam



Selepas balik dari rumah k pah mkn nasi lemak hari Sabtu hari tu, bdn adik Nia dah rasa suam2..mlm tu takleh tido..esok pun asik nak melekat saja..dah demam rupanya..hari Isnin, telefon Surgery minta temujanji ..kat sini kalau telefon sebelum pukul 9 pg, dapat jumpa doktor hari yg sama.Appointment pukul 10.30 pg..tunggu punya tunggu lepas 20 minit baru dipanggil...aii ini dah lewat dah ni..(heheee kalau kat Malaysia ini dah kira cepat nih..)Yg tengok Nia hari tu rupanya doktor yg lain , bukan yg biasa..yg ni cek satu bdn .dia kt Nia dpt Acute Tonsillitis dan dia bg la antibiotik.(antibiotik saja tu...lepas minta ubat demam baru dia tambah..kedekut huhuuu)..balik dari surgery terus singgah farmasi ambil ubat.
kat Lyodd`s Pharmacy ni rupanya ada offer forehead thermometer,. terus beli satu..senang dan mesra pengguna , satu rumah boleh guna dr bapak budak, mak budak dan budak2 juga....lagi satu mlm2 tanpa lampu pun boleh guna sebab dia ada suara perempuan bgtau suhu kita haaaa jgn tak tau ..cecewah macam dealer la pulak...(hehee penulis tidak mendapat komisyen apa2 dr Lyodds Pharmacy semasa menulis artikel ini..)



Friday, 31 October 2008

Rambutan oh rambutan

Abg Muizz sangat suka buah rambutan.Masa balik Malaysia tempoh hari kalau sekilo pun sekejap je habis..yang letihnya org yang kena hiris utk dia...hmmm

2-3 minggu lepas mmpi apa ntahle tiba2 teringat kat buah rambutan ni..kelakar pula bila dia suruh pegi beli tiket kapalterbang nak balik rmh ma tok sbb ada bnyak buah rambutan. lepas Cik Jan (adik papa) dah pos baru la jumpa rambutan tin kat kedai Tai Sun, apalagi makan sungguh la Muizz, sampai 2 tin hehehe

Tuesday, 28 October 2008

Autumn di Graves park


Tahun ni tahun ke-2 kami merasai musim luruh di bumi Sheffield. Tahun ni papa ajak ke Graves Park, tak berapa jauh dari rumah. Cuaca pula memang sejuk hari ni macam dah masuk winter pula.Nasib baik abg Muizz bawa sarung tangan dan topi..tapi dia pun asyik komplen sejuk aje.

adik nia dah macam angkasawan heehee....

kat Graves Park ni ada Farm kecil utk tarikan budak2. Memang suka habislah budak 2 org ni..banyak juga la binatang2 asas utk sebuah farm ada kat sini macam ayam, itik, keldai, kambing, b*bi,burung2 dan yg best Highland Calves pun ada( ini ada kat Sotland aje ni....)


inilah Highland Calf




Thursday, 9 October 2008

adik jumpa health visitor

Adik nia ada appointment dgn health visitor hari ni. Health visitor ni mcm jururawat kesihatan kat tempat kita la, tp tak pakai uniform dan nampak santai je..kerja pun cam rilek jer.setiap hari Khamis kat Surestart dkt rmh ni ada sessi Baby clinic dimana ibubapa boleh bawa anak2 timbang or kalau ada kemusykilan apa2 la. Tapi kalau nak dapatkan imunisasi masih kn bawa pegi GP sebab ada nurse khas yg incharge.Macam best la sistem ni sbb setiap kawasan ada Surestart dan disitu ada nursery, ada Baby Clinic ada Early bird-utk bdk2 bwh 3 thn sekali seminggu main kat nursery. Tapi kat Malaysia kita ada Klinik Desa, mungkin beban kerja yg banyak nampak macam kita tak efisyen. Ye lah kalau satu pagi dah berpuluh2 org sapa yg tak berpinar biji mata.
Adik nia kn timbang sebulan sekali sbb berat dia bwh 3rd centile-hari ni dah naik 8 kilo dah ..ok ler tu..cakap dkt makcik health visitor u patutnya dtg last week tp kami celebrating eid, dia pun kata kalu krismas pun dia tak kan dtg jugak..heheheh betoi jugak tuuu.....
lepas tu dia suruh bawa nia lambat2 sikit lepas ni ,6-8 minggu ke...haaa ok sgt ler tu...

selepas urusan kat surestart bawa adik ke park, alah sebelah bangunan tu aje.seronok la dapat lari ngan abg muizz. cuaca pulak elok hari ni.


abg Muizz dah boring menunggu agaknya...


muizz masa tunggu adik nia..lepak dgn papa kat park dulu.




utk tatapan keluarga kat Malaysia..adik nia dah boleh lari dah heheheh

Wednesday, 8 October 2008

sebelum raya


sebelum raya papa bawa kami shopping raya kat Doncaster. Ingat nak carila baju raya utk budak2 ni. Kalau ke Doncaster tu tempat singgahan utama mesti NEXT, Clarks, Cadbury, dan M&S.(selalunya singgah je la heehee). Mungkin sebab pegi pun hari Isnin,banyak barang takde, udah diborong mat2 salleh weekend tu kot.(depa ni nak raya jugak ke).sale pun takberapa sangat. sudahnya budak2 takdapat baju, makbapak budak yg dapat baju.:)

Posing Raya


Tiap-tiap tahun mesti ambil gambar setiap hari raya,...tapi tahun ni pun takde baju kurung juga..takpelah nnt balik Malaysia kami melaram habis-habisan. Masa balik hari tu pun tak terpikir pun nak jahit baju kurung, padahal ada pun kain yg Ma bagi. nasib baik Abg Muizz ada baju melayu yg neneknya hadiahkan. Rania pulak takde size. Takpelah..pakai aje baju yg ada yg penting baju baru, kira baju raya la tu..:)


ini gambar tahun lepas..tgk baik2..ada beza ke?yg pasti umur sudah bertambah.
Untuk semua kaum keluarga di Malaysia dan kenalan di mana saja berada kami ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin ( alamak dah lewat ke ucapan nih...hehehhe)

Abg dan Adik posing...